MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
3.8 Apabila seseorang kanak-kanak disyaki, mereka tidak boleh sesekali disoal atau diminta
untuk membuat sebarang pernyataan atau menandatangani sebarang dokumen
yang berkaitan dengan kesalahan yang disyaki tanpa kehadiran dan bantuan seorang
peguam, dan, secara prinsipnya, seorang dewasa yang dipercayai oleh kanak-kanak
tersebut bertindak sebagai perantara. Kanak-kanak tidak boleh mengenepikan hak
mereka untuk diwakili peguam.
3.9 Penemubual patut sedar bahawa sesetengah tingkah laku boleh meningkatkan
kerentanan seseorang dan memastikan mereka tidak menjejaskan respons orang
yang ditemubual. Ini termasuklah:
a. Mudah dipengaruhi, di mana orang yang ditemubual, terutamanya kanak-kanak
dan orang yang mempunyai ketidakupayaan psikososial atau intelek, mudah
goyah dan mudah rentan apabila ditanya soalan memimpin atau mengelirukan
atau tertakluk kepada tekanan mengandungi pertanyaan dan penipuan, yang
mungkin membawa kepada maklumat salah atau tidak boleh dipercayai.
b. Keakuran, iaitu kecenderungan untuk menjawab ‘ya’ tanpa berfikir, selalunya
supaya temubual berakhir secepat yang boleh.
c. Pematuhan, iaitu apabila orang yang ditemubual bercakap perkara yang
difikirkan mahu didengar oleh penemubual supaya mendapat respons yang
positif dan mengelak ketaksetujuan atau layanan buruk.
3.10 Individu mungkin berada dalam situasi kerentanan disebabkan prejudis institusi,
diskriminasi, atau kurang kesedaran, latihan atau kemudahan yang sesuai. Kegagalan
ini boleh memberi kesan terhadap struktur dan dasar institusi, dan/atau pertimbangan
dan tindakan individu.
Menilai dan Menangani Situasi Kerentanan Tinggi
3.11 Pihak berkuasa patut melaksanakan perlindungan yang dipertingkatkan dan langkah
yang direka khas untuk menangani keperluan tertentu dan hak seseorang dalam
situasi kerentanan tinggi, khususnya yang berkaitan dengan hak tanpa-diskriminasi dan
perlindungan daripada paksaan menginkriminasi diri sendiri. Ini mungkin memerlukan
pemakaian perlindungan undang-undang dan prosedur yang berbeza.
3.12 Sebelum menjalankan temubual, pihak berkuasa patut menilai sama ada orang
yang ditemubual mungkin berada dalam keadaan rentan, dan sama ada mereka
memerlukan perhatian khas. Jenis tindakan yang diambil memerlukan tindak balas
yang fleksibel dan yang telah disesuaikan. Penemubual dan pihak berkuasa relevan
yang lain patut mempertimbangkan dan menentukannya mengikut kes, sama ada
patut memanggil penemubual lain seperti seseorang daripada gender lain atau
mempunyai latihan khusus, atau berunding dengan pakar tertentu. Sesetengah
langkah patut dinyatakan dalam undang-undang, manakala yang lain bergantung
pada pertimbangan penemubual.
3.13 Apabila menilai dan menangani keperluan orang yang ditemubual, penemubual
patut meminimumkan soalan dan perbincangan mengenai kejadian tersebut. Ini
membantu mengelakkan daripada mencemarkan atau mengubahsuai memori orang
yang ditemubual sebelum menyoal secara rasmi.
148
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents