MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Menangguhkan temubual
2.72 Penemubual wajar dan dibenarkan menangguhkan temubual supaya boleh mengambil
tindakan susulan terhadap maklumat yang diterima atau menjalankan siasatan
tambahan. Begitu juga, peguam atau orang yang ditemubual boleh meminta waktu
rehat, contohnya untuk berehat atau berunding secara sulit. Enggan membenarkan
permintaan sedemikian boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan maklumat
yang dikumpul ketika temubual.
2.73 Jika orang yang ditemubual memerlukan rawatan, penemubual hendaklah
menangguhkan temubual serta-merta dan memastikan perhatian segera diberikan.
2.74 Penting bagi memastikan seseorang tidak disoal sebagai saksi semata-mata untuk
mengelak daripada keperluan syarat perundangan semasa menyoal suspek. Jika
seseorang yang pada asalnya disoal sebagai saksi bertukar menjadi suspek ketika
temubual dijalankan, penemubual patut menghentikan temubual serta-merta dan
memberikan amaran jelas kepada orang yang ditemubual tentang penukaran status
mereka kepada suspek. Penemubual patut memaklumkan orang yang ditemubual hak
mereka sebagai suspek dan memberikan masa dan sumber yang perlu bagi mereka
memahami hak-hak tersebut.
Mengakhiri Temubual – Penilaian dan Analisis
2.75 Penemubual yang berkesan patut sentiasa mengakhiri temubual dengan penuh
hormat dan profesional. Ini meningkatkan peluang untuk berkomunikasi lagi pada masa
hadapan, mengelakkan salah faham yang mungkin berlaku dan boleh meningkatkan
kepercayaan terhadap institusi awam.
2.76 Penemubual patut menyemak maklumat yang diperoleh dengan orang yang
ditemubual (dan peguam, jika terlibat) dan, sekiranya terdapat laporan bertulis (jika
tidak menggunakan rakaman audio/visual), meminta mereka menandatanganinya
sebagai pengesahan ketepatan kandungan laporan itu. Sebarang pindaan hendaklah
direkodkan, dan jika relevan, sebarang keengganan orang yang ditemubual untuk
menandatangani rekod temubual juga direkodkan. Sesalinan rekod bertulis hendaklah
diberikan kepada orang yang ditemubual dan peguam (jika terlibat). Penemubual
patut memberikan orang yang ditemubual maklumat yang sesuai tentang peringkat
proses yang seterusnya.
2.77 Sebaik sahaja temubual tamat, penemubual memastikan maklumat yang diberikan
ketika proses tersebut adalah tertakluk kepada privasi dan perlindungan data yang
wajar. Ini mungkin termasuk memastikan maklumat tersebut tidak disampaikan
kepada orang ramai atau institusi yang mungkin akan membahayakan hak orang
yang ditemubual.
2.78 Penilaian dan analisis merupakan bahagian penting proses temubual yang berjaya.
Masa yang diluangkan untuk tujuan ini mungkin berbeza-beza mengikut keseriusan
perkara, namun ia tidak patut dipercepatkan dengan terburu-buru. Orang yang
ditemubual patut menilai dan menganalisis:
145
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents