MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5. Prinsip Asas Hak Asasi Manusia
i. Hak asasi manusia adalah sejagat dan tidak boleh diasingkan (Universal and
Inalienable)
- Prinsip kesejagatan hak asasi manusia merupakan asas kepada undangundang hak asasi manusia antarabangsa.
-
80 peratus daripada negara di seluruh dunia telah meratifikasi empat atau
lebih konvensyen berkenaan hak asasi manusia manakala selebihnya
telah meratifikasi sekurang-kurangnya satu konvensyen. Ini mencerminkan
persetujuan negara untuk mewujudkan tanggungjawab undang-undang ke
atas negara dan menjadi bukti kepada hak asasi manusia yang sejagat.
-
Hak asasi manusia tidak boleh diasingkan dan dinafikan, kecuali dalam
keadaan tertentu dan mengikut proses yang sewajarnya. Sebagai contoh, hak
kepada kebebasan boleh disekat untuk seseorang yang didapati bersalah
oleh mahkamah.
ii. Kesejagatan (Universalism) dan kerelatifan budaya (Cultural Relativism)
- Prinsip kesejagatan hak asasi manusia sering diperdebatkan kerana terdapat
pandangan bahawa hak asasi manusia perlu mengambil kira kerelatifan
budaya yang terdapat di setiap negara. Oleh kerana salah faham berkaitan
prinsip ini, timbul dakwaan bahawa hak asasi manusia adalah hegemoni kuasa
besar untuk menentukan sesuatu negara ditadbir mengikut kehendak mereka.
Secara dasarnya, prinsip dan piawaian umum hak asasi manusia adalah
bersifat sejagat tetapi perincian pelaksanaan sesuatu hak asasi manusia perlu
mengambil kira perbezaan budaya, agama, latar belakang sejarah dan
hubungan masyarakat di sesebuah negara atau tempat.
-
Dalam hal ini, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah mengiktiraf doktrin
‘margin of appreciation’ di mana kerajaan diberikan ruang yang munasabah
untuk menentukan sekatan kepada hak asasi manusia kerana mereka berada
dalam kedudukan yang lebih baik untuk menilai pendekatan atau keputusan
tertentu yang mempunyai kaitan dengan nilai perlembagaan dan undangundang.
6