MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.28 Akses kepada peguam semestinya dikaitkan dengan perlindungan hak, berupaya
menghalang penyeksaan dan layanan buruk yang lain, dan membantu melindungi
mereka daripada dipaksa menginkriminasikan diri.
2.29 Orang yang ditemubual berhak mendapatkan peguam pilihan mereka sendiri, atau
peguam yang disediakan secara percuma demi kepentingan keadilan. Mereka berhak
berbincang dengan peguam dalam tempoh yang mencukupi dan suasana yang
tertutup sebelum temubual. Pegawai tahanan hendaklah aktif membantu peguam
hadir tepat pada masanya dengan kerjasama penemubual (sekiranya pegawai yang
berbeza).
2.30 Apabila orang yang ditemubual meminta kehadiran peguam, temubual tersebut
– atau kononnya ‘perbualan tak rasmi’ – tidak boleh berlaku sebelum orang yang
ditemubual bertemu peguam mereka dan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran
peguam tersebut.
2.31 Orang yang ditemubual boleh mengenepikan hak diwakili peguam. Sekiranya, atau
apabila orang yang ditemubual mengambil keputusan untuk mengenepikan hak
diwakili peguam, pengenepian tersebut haruslah dibuat dengan bebas, sukarela, dan
direkodkan sewajarnya, dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang ditahan.
Sesiapa yang telah mengenepikan hak diwakili peguam hendaklah dimaklumkan
dengan jelas bahawa penepian tersebut boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
2.32 Kehadiran peguam wajib bagi kanak-kanak yang ditahan dan apabila ditemubual
sebagai suspek.
Akses kepada Pemeriksaan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan
2.33 Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk melindungi integriti dan kesihatan
semua orang dalam jagaan mereka. Tahanan hendaklah diberikan jaminan jelas hak
mereka untuk mengakses seorang doktor dan hak pemeriksaan perubatan oleh seorang
profesional kesihatan bebas, tanpa penangguhan, sejak bermulanya perlucutan
kebebasan. Pihak berkuasa tahanan turut bertanggungjawab menyediakan akses
penjagaan kesihatan kepada tahanan sepanjang tempoh tahanan.
2.34 Keadaan fizikal dan mental orang yang ditangkap atau ditahan ketika memasuki
pusat tahanan, termasuk tanda-tanda atau aduan kekerasan melampau yang
diterima ketika tangkapan dan ketika dibawa ke dalam jagaan, hendaklah direkodkan
oleh doktor atau profesional perubatan lain. Satu pemeriksaan perubatan bebas,
yang mematuhi Protokol Istanbul, hendaklah dilaksanakan serta-merta, jika diminta
oleh tahanan, atau apabila timbul rasa syak atau petanda, bahawa mereka telah
mengalami penyeksaan atau layanan buruk yang lain. Profesional perubatan yang
menjalankan pemeriksaan seharusnya tidak terikat atau tugasnya tidak bergantung
pada pihak berkuasa tahanan atau agensi penguatkuasa undang-undang. Temubual
tidak boleh dijalankan sehinggalah pemeriksaan perubatan selesai.
2.35 Pemeriksaan perubatan hendaklah disediakan secara percuma oleh profesional
perubatan yang sesuai dan terlatih, saksama dan bebas. Pihak berkuasa hendaklah
memastikan gender kakitangan perubatan yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut
138
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents