MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
l.
Hak untuk dibawa ke hadapan seorang hakim atau pihak berkuasa kehakiman
yang lain dengan segera
m. Akses kepada mekanisme aduan dan pemerhatian yang bebas dan berkesan
Sebelum Temubual – Memastikan Persekitaran yang Tidak Memaksa
2.10 Menghormati dan mematuhi hak asasi manusia sejak pertemuan pertama antara
pihak berkuasa dan orang yang ditemubual sangat penting untuk mewujudkan
persekitaran yang tidak memaksa. Ini membolehkan pegawai-pegawai perisik, tentera,
penguatkuasa undang-undang atau keselamatan mewujudkan keadaan yang sesuai
untuk mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai semasa temubual,
menjalankan tanggungjawab Kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa dan
melindungi hak-hak orang yang ditemubual.
2.11 Perlakuan yang tidak mematuhi undang-undang, tidak profesional dan kurang
bertanggungjawab, pada tahap awal pertemuan mungkin mencemarkan keseluruhan
proses kehakiman dan tidak dapat dipulihkan.
2.12 Stereotaip dan prejudis boleh mencemarkan sesebuah temubual dan melemahkan
pendekatan berasaskan hubungan baik dan pemikiran terbuka yang diperlukan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dari temubual. Penemubual perlu mempunyai
kesedaran diri yang tinggi untuk mengelakkan pertimbangan pra-anggapan dalam
sedar dan tidak sedar mengenai identiti, ciri atau latar belakang orang yang ditemubual
daripada mempengaruhi soalan dan tafsiran terhadap maklumat yang diberikan.
2.13 ‘Perbualan tak rasmi’ yang berisiko menggagalkan temubual rasmi atau perlindungan
yang terpakai tidak sepatutnya berlaku. Sebaik saja keputusan untuk tangkapan dibuat,
pegawai sepatutnya hanya mengutarakan soalan yang tertentu sahaja kepada orang
yang bakal ditemubual di luar temubual rasmi, seperti maklumat peribadi atau data
biografi yang perlu bagi tujuan melaksanakan tangkapan dan tatacara meletakkan
orang di bawah jagaan.
2.14 Risiko layanan yang melanggar undang-undang dan tidak berperikemanusiaan
sangat tinggi terutamanya semasa ditangkap atau ditahan dan sebelum tiba di
tempat tahanan yang rasmi. Risiko yang berkaitan sepanjang tempoh ini termasuk
penggunaan kekerasan yang berlebihan, penyalahgunaan sekatan, menyoal dengan
paksaan secara mendadak, dan mengurung secara berpanjangan dalam kenderaan
pembawa – semuanya boleh terjumlah atau serupa seperti penyeksaan.
2.15 Apabila keputusan dibuat untuk meletakkan seseorang dalam tahanan, pihak berkuasa
hendaklah memastikan bahawa orang tersebut dibawa tanpa berlengah-lengah lagi
ke tempat tahanan rasmi yang dikenal pasti. Pada setiap masa seorang tahanan
dihantar dari atau ke tempat tahanan (atau lokasi lain, contohnya mahkamah) untuk
ditemubual, dia hendaklah dibawa dengan cara yang berperikemanusiaan, selamat
dan terlindung. Prosedur membawa tahanan dengan selamat hendaklah disokong
dengan penyimpanan rekod yang menyeluruh dan betul, dalam daftar rasmi yang
mencatit rekod penjagaan setiap individu dan merekod butir-butir seperti waktu
halangan kebebasan, individu yang bertanggungjawab ke atas jagaan, keadaan
tahanan semasa ketibaan, dan waktu ketibaan di tempat tahanan.
135
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents