MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Asas Perundangan
1.17 Asas piawaian perundangan yang mendukung prinsip-prinsip tersebut tertanam teguh
dalam undang-undang antarabangsa, menggunakan norma-norma ‘jus cogens’
yang tidak boleh dikompromi, undang-undang adat antarabangsa, kewajiban triti,
dan perundangan antarabangsa, serantau, dan kebangsaan. Piawaian ini terpakai
untuk semua sistem perundangan dan memungkinkan penggabungan domestik yang
mengambil kira kepelbagaian tatacara undang-undang.
1.18 Temubual yang berkesan didasarkan pada piawaian dan undang-undang hak asasi
manusia antarabangsa. Norma perundangan berikut sangat penting untuk memastikan
pelaksanaan praktikal kerangka temubual yang berkesan yang diperincikan dalam
Prinsip-prinsip ini:
a. Kebebasan daripada penyeksaan dan layanan buruk yang lain (hak untuk
layanan yang berperikemanusiaan)
b. Kebebasan daripada penangkapan dan tahanan sewenang-wenangnya (hak
untuk bebas dan mendapat keselamatan)
c. Hak untuk dianggap tidak bersalah
d. Hak untuk berdiam diri dan tidak dipaksa menginkriminasikan diri (membabitkan
diri dengan kesalahan)
e. Hak untuk perbicaraan yang adil
f. Hak untuk bebas daripada diskriminasi.
1.19 Larangan penyeksaan adalah mutlak, mengikat semua negara, dan terpakai dalam
semua keadaan. Kaedah temubual secara paksaan atau tindakan lain yang bertujuan
untuk mengaibkan, menimbulkan ketakutan, mendapatkan maklumat atau memaksa
pengakuan dari orang yang ditemubual secara paksaan atau ancaman - atau
sebaliknya menjejaskan keupayaan atau keputusan seseorang yang ditemubual untuk
membuat pertimbangan – boleh membawa maksud penyeksaan atau layanan buruk
yang lain.
1.20 Peraturan ketidakterimaan bahan bukti (Exclusionary rule) itu sendiri merupakan norma
undang-undang adat antarabangsa yang tidak boleh dikompromi, wujud dalam
larangan penyeksaan dan layanan buruk lain. Exclusionary rule memperuntukkan
bahawa tidak sah untuk menggunakan maklumat atau pernyataan, termasuk
pengakuan atau pengakuan bersalah, yang diperoleh melalui penyeksaan atau
layanan buruk yang lain, dalam mana-mana prosiding undang-undang (kecuali
terhadap orang yang dituduh melakukan penganiayaan itu, sebagai bukti bahawa
pernyataan atau maklumat yang menjadi persoalan itu telah dibuat atau diperoleh).
1.21 Undang-undang antarabangsa menetapkan piawaian spesifik yang relevan dan
sedang berkembang maju bagi memastikan individu tidak menghadapi penyeksaan
atau layanan buruk lain atau amalan-amalan yang dilarang secara mutlak, seperti
kehilangan secara paksa dan hukuman di luar bidang kehakiman, seperti berikut:
a. Penggunaan kekerasan ketika tangkapan atau penahanan seseorang untuk
diletakkan di bawah jagaan hanya dibenarkan apabila benar-benar perlu dan
hanya jika cara-cara lain tidak berkesan atau dijangka tidak memberi kesan yang
diharapkan. Ia hendaklah dilakukan mengikut undang-undang dan berkadaran
untuk mencapai objektif yang sah dan selalu menghormati hak untuk hidup.
129
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents