MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
• PBB telah menjadikan pengiktirafan hak asasi manusia sebagai asas utama dalam
Piagam PBB;
“Kami ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertekad untuk
mengesahkan semula kepercayaan kepada hak asasi manusia, maruah diri
dan nilai seseorang manusia, hak saksama lelaki dan wanita dan bangsabangsa sama ada yang kecil atau besar”
• Piagam PBB menyatakan komitmen kepada hak asasi manusia tetapi tidak
menghuraikan intipati hak asasi manusia tersebut. Oleh itu, pemimpin dunia
telah memutuskan untuk melengkapkan Piagam PBB dengan ‘roadmap’ untuk
menjamin hak setiap individu. Justeru, UDHR telah diterima pakai pada 10
Disember 1948, di mana, sebahagiannya adalah reaksi terhadap kekejaman ketika
Perang Dunia Kedua. UDHR merupakan usaha awal untuk mewujudkan undangundang antarabangsa bagi menghadkan kuasa negara dan menekankan
tanggungjawab negara kepada rakyatnya.
4. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)
• UDHR didefinisikan sebagai “suatu piawaian bersama yang ingin dicapai oleh
seluruh umat manusia dan negara”. Ia adalah satu perisytiharan di mana setiap
negara anggota PBB bertanggungjawab untuk mengiktiraf, mempromosi dan
melindungi hak setiap manusia yang berada di bawah bidang kuasa mereka.
• UDHR mengandungi mukadimah dan Artikel berkenaan hak asasi setiap manusia
seperti berikut:
Artikel 1: Lahir sebagai individu bebas dan sama rata
Artikel 2: Tiada diskriminasi
Artikel 3: Hak kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan
Artikel 4: Tiada perhambaan
Artikel 5: Perlindungan daripada penyeksaan dan layanan atau hukuman yang
zalim, tidak berperikemanusiaaan atau menjatuhkan maruah
Artikel 6: Saksama di sisi undang-undang
Artikel 7: Perlindungan undang-undang yang saksama
Artikel 8: Hak mendapatkan remedi melalui tribunal yang berkelayakan
Artikel 9: Perlindungan daripada penahanan dan pembuangan daerah
sewenang-wenangnya
Artikel 10: Hak kepada perbicaraan yang adil dan terbuka
Artikel 11: Dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah
Artikel 12: Hak kepada privasi
Artikel 13: Hak untuk bergerak
Artikel 14: Hak mencari suaka dan pelarian
Artikel 15: Hak kepada kewarganegaraan
Artikel 16: Hak untuk berumahtangga
4