MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Prinsip-Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai
Penguatkuasa Undang-Undang
Diterimapakai oleh Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
Kelapan mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan Terhadap Pesalah,
Havana, Cuba,
27 Ogos hingga 7 September 1990.
Mengambilkira pekerjaan pegawai penguatkuasa undang-undang adalah perkhidmatan
kepada masyarakat yang sangat penting dan dengan itu terdapat keperluan untuk
mengekalkan serta, untuk memperbaiki keadaan dan status kerja pegawai-pegawai ini
bila perlu,
Mengambilkira ancaman terhadap nyawa dan keselamatan pegawai penguatkuasa
undang-undang harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan masyarakat secara
keseluruhan,
Mengambilkira pegawai penguatkuasa memikul peranan penting dalam melindungi
hak kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan individu, seperti yang dijamin di
bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan semula di bawah Kovenan
Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik,
Mengambilkira Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan menetapkan
keadaan di mana pegawai penjara boleh menggunakan kekerasan dalam menjalankan
tugas mereka,
Mengambilkira Artikel 3 Kod Tatakelakuan untuk Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang
menetapkan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang boleh menggunakan
kekerasan hanya apabila diperlukan dan setakat yang diperlukan untuk pelaksanaan
tugas mereka,
Mengambilkira mesyuarat persediaan untuk Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Ketujuh mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan Terhadap Pesalah, yang diadakan
di Varenna, Itali, telah bersetuju dengan elemen-elemen yang harus dipertimbangkan
dalam usaha untuk mengekang penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai
penguatkuasa undang-undang,
Mengambilkira Kongres Ketujuh, dalam resolusi 14, antara lain, menekankan bahawa
penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai penguatkuasa harus setimpal
dengan penghormatan terhadap hak asasi manusia,
Mengambilkira Majlis Ekonomi dan Sosial, dalam resolusi 1986/10, bahagian IX, 21 Mei
1986, mengundang negara-negara anggota untuk memberikan perhatian khusus dalam
pelaksanaan Kod mengenai penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai
penguatkuasa undang-undang, dan Perhimpunan Agung, dalam resolusi 41/149 pada 4
Disember 1986, antara lain, menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Majlis ini,
Mengambilkira adalah wajar, berkaitan dengan keselamatan diri mereka, pertimbangan
diberikan kepada peranan pegawai penguatkuasa undang-undang yang berkaitan
119
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents