MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Ulasan: (a) Larangan ini diambil daripada Perisytiharan Perlindungan Semua Orang daripada Menjadi Mangsa Penyeksaan atau Layanan dan Hukuman lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah, yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung, yang mana: “[Perbuatan sedemikian] adalah satu kesalahan kepada maruah manusia dan wajar dikutuk sebagai penafian matlamat Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu dan pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan asasi yang diisytiharkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang lain].” (b) Perisytiharan tersebut mendefinisikan penyeksaan seperti berikut: “.. penyeksaan bermaksud apa-apa perbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang teruk, sama ada fizikal atau mental, dengan sengaja dikenakan atau atas hasutan pegawai awam terhadap seseorang untuk tujuan mendapatkan maklumat atau pengakuan daripada dia atau orang ketiga, menghukumnya atas perbuatan yang dilakukannya atau disyaki telah melakukan, atau menimbulkan ketakutan kepada dia atau orang lain. Ia tidak termasuk kesakitan atau penderitaan yang timbul dari, yang wujud dalam atau secara kebetulan berkait dengan, tindakan yang sah setakat ia selaras dengan Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan.” (c) Istilah “layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah” tidak diberikan definisi oleh Perhimpunan Agung tetapi hendaklah ditafsirkan supaya dapat memberikan perlindungan seluas-luasnya daripada penderaan, sama ada fizikal atau mental. Perkara 6 Pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah memastikan perlindungan penuh ke atas kesihatan orang yang berada dalam jagaan mereka, secara khususnya, hendaklah mengambil tindakan segera untuk memberikan rawatan perubatan bila diperlukan. Ulasan: (a) “Rawatan perubatan”, yang merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan oleh manamana kakitangan perubatan, termasuk pengamal perubatan dan paramedik yang diperakui, hendaklah disediakan apabila diperlukan atau diminta. (b) Sementara pegawai perubatan mungkin ditempatkan dalam agensi penguatkuasaan undang-undang, pegawai penguatkuasa undang-undang mesti mengambil kira pertimbangan pegawai tersebut apabila mereka mengesyorkan memberikan rawatan yang sesuai kepada orang yang berada dalam tahanan melalui, atau berunding dengan, pegawai perubatan dari luar agensi penguatkuasaan undang-undang. (c) Pegawai penguatkuasa undang-undang juga harus mendapatkan rawatan perubatan bagi mangsa pelanggaran undang-undang atau kemalangan yang berlaku semasa pelanggaran undang-undang. 115 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents