MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Perkara 3
Pegawai penguatkuasa undang-undang hanya boleh menggunakan kekerasan apabila
betul-betul diperlukan sahaja dan setakat yang diperlukan dalam melaksanaan tugas
mereka.
Ulasan:
(a) Peruntukan ini menekankan bahawa penggunaan kekerasan oleh pegawai
penguatkuasa seharusnya suatu pengecualian; sementara ia menyatakan bahawa
pegawai penguatkuasa undang-undang boleh dibenar menggunakan kekerasan
sebagaimana yang diperlukan secara munasabah dalam keadaan untuk pencegahan
jenayah atau melakukan atau membantu dalam penangkapan sah pesalah atau
orang yang disyaki, tidak ada kekerasan yang melampau boleh digunakan.
(b) Undang-undang domestik kebiasaanya menyekat penggunaan kekerasan oleh
pegawai penguatkuasa undang-undang selaras dengan prinsip keberkadaran. Prinsip
keberkadaran itu hendaklah dihormati dalam tafsiran peruntukan ini. Dalam hal ini,
peruntukan ini tidak boleh ditafsir membenarkan penggunaan kekerasan yang tidak
berkadaran dengan objektif sah yang ingin dicapai.
(c) Penggunaan senjata api dianggap sebagai tindakan yang ekstrem. Segala usaha harus
dilakukan untuk mengelakkan penggunaan senjata api, terutama terhadap kanakkanak. Secara amnya, senjata api tidak boleh digunakan kecuali ketika suspek melawan
menggunakan senjata atau membahayakan nyawa orang lain serta tindakbalas yang
kurang agresif tidak memadai untuk menahan atau menangkap suspek. Dalam setiap
keadaan di mana tembakan senjata api dilepaskan, laporan harus segera dibuat
kepada pihak berkuasa yang kompeten.
Perkara 4
Perkara-perkara yang bersifat rahsia dalam simpanan pegawai penguatkuasa mesti
disimpan sebagai rahsia, melainkan jika pelaksanaan tugas atau keperluan keadilan
memerlukan sebaliknya.
Ulasan:
Berdasarkan tugasnya, pegawai penguatkuasa undang-undang memperolehi maklumat
yang mungkin berkaitan dengan kehidupan peribadi atau berpotensi membahayakan
kepentingan terutama reputasi orang lain. Penjagaan yang rapi hendaklah dilaksana dalam
melindungi dan menggunakan maklumat tersebut, yang hanya patut didedahkan dalam
melaksanakan tugas atau untuk memenuhi keperluan keadilan. Sebarang pendedahan
maklumat tersebut untuk tujuan lain sama sekali tidak betul.
Perkara 5
Tidak ada pegawai penguatkuasa undang-undang boleh mengenakan, menghasut
atau bertoleransi kepada penyeksaan atau layanan dan hukuman zalim, tidak
berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah, atau mana-mana pegawai penguatkuasa
undang-undang tidak boleh menggunakan alasan perintah pihak atasan atau keadaan
luar biasa seperti dalam keadaan perang atau ancaman perang, ancaman terhadap
keselamatan negara, ketidakstabilan politik dalaman atau keadaan darurat awam lain
sebagai justifikasi penyeksaan atau layanan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan
serta menjatuhkan maruah.
114
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents