MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA d) menyediakan mekanisme semak dan imbang serta penyelesaian konflik. e) membantu memperkasakan individu untuk membuat pertimbangan berdasarkan undang-undang dan moral apabila berhadapan dengan konflik. • Kepentingan hak asasi manusia bagi negara adalah: a) bertanggungjawab menjaga hak dan keperluan asasi setiap rakyat berdasarkan piawaian yang dipersetujui semua negara; b) menyediakan panduan dan piawaian yang jelas kepada negara dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pemegang hak; c) memastikan negara tidak meminggirkan golongan rentan; dan, d) menyediakan mekanisme pemantauan terhadap pematuhan hak asasi manusia di dalam negara. Eleanor Roosevalt mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh PBB untuk mendraf UDHR 3. Sejarah Perkembangan Hak Asasi Manusia • Hak asasi manusia wujud sejak tamadun awal manusia. Antara yang dikatakan sebagai dokumen yang menyenaraikan hak asasi manusia yang terawal adalah Piagam Madinah pada tahun 622 Masihi dan Magna Carta pada tahun 1215 Masihi. • Perkembangan hak asasi manusia bermula selepas berlakunya Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan kematian dan kesengsaraan manusia disebabkan oleh pelanggaran hak asasi manusia. Justeru, PBB telah ditubuhkan pada tahun 1945 dengan matlamat utama seperti yang termaktub dalam Piagam PBB: a) Untuk menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa; b) Untuk membangun hubungan persahabatan antara negara berdasarkan penghormatan terhadap prinsip hak yang saksama dan penentuan nasib sendiri; c) Untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dari segi ekonomi, sosial, budaya, atau kemanusiaan, dan mempromosi serta menggalakkan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi bagi semua orang tanpa membezakan bangsa, jantina, bahasa, atau agama; dan d) Untuk menjadi pusat bagi menyelaras tindakan negara dalam mencapai tujuan bersama. 3 

Select target paragraph3