MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Artikel 18
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama; hak ini
termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaan, dan kebebasan, samada
secara berseorangan atau secara bersama dengan orang lain dan secara terbuka atau
bersendiri, untuk menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan,
pemujaan dan pematuhan.
Artikel 19
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berpendapat dan bersuara; hak
ini termasuklah kebebasan menyatakan pendapat tanpa gangguan dan menuntut,
menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan
tanpa sempadan.
Perkara 20
1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan
menubuhkan persatuan.
2. Tiada seseorang pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.
Artikel 21
1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung
atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang saksama kepada perkhidmatan awam
dalam negaranya.
3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini
hendaklah dilahirkan melalui pilihan raya berkala dan tulen yang seharusnya diadakan
melalui pengundian sejagat dan saksama dan diadakan secara undi sulit atau melalui
prosedur pengundian bebas yang serupa.
Artikel 22
Setiap orang sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial
dan berhak menjadikannya suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama
antarabangsa dan menurut organisasi dan sumber-sumber dalam negara masing-masing,
hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang sangat diperlukan bagi maruahnya dan
perkembangan bebas keperibadiannya.
Artikel 23
1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara
bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan memuaskan baginya dan
kepada perlindungan daripada pengangguran.
2. Setiap orang, tanpa sebarang diskriminasi, berhak menerima gaji yang setimpal dengan
kerja.
3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada ganjaran yang adil dan memuaskan
baginya untuk menjamin diri dan keluarganya suatu kehidupan yang setimpal dengan
maruah seorang manusia, dan ditambah, jika perlu, oleh perlindungan sosial yang
lainnya.
109
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents