MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
MODUL 1:
PENGENALAN KEPADA KONSEP HAK ASASI MANUSIA
KANDUNGAN
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Hak Asasi Manusia: Satu Pengenalan.
2. Kepentingan Hak Asasi Manusia.
3. Sejarah Perkembangan Hak Asasi Manusia
4. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)
5. Prinsip Asas Hak Asasi Manusia
6. Kategori Hak Asasi Manusia
7. Triti Hak Asasi Manusia Antarabangsa Utama
8. Pemantauan Hak Asasi Manusia
9. Hubungan antara Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu
10. Prinsip Paris
11. SUHAKAM: Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
Aktiviti 1: Keperluan dan Kehendak
Aktiviti 2: Saya Faham Konsep Asas Hak Asasi Manusia
Aktiviti 3: Hak Mutlak dan Hak Terbatas
PENDAHULUAN:
Modul ini memperkenalkan definisi, kepentingan dan prinsip utama hak asasi manusia
serta sejarah perkembangan hak asasi manusia sehingga terhasilnya UDHR oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia juga menjelaskan tanggungjawab Negara
Anggota PBB untuk menghormati, melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia serta
instrumen hak asasi manusia antarabangsa.
Selaras dengan kewujudan instrumen hak asasi manusia antarabangsa, pelbagai institusi
serta mekanisme pemantauan terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia
diperkenalkan. Peserta akan didedahkan kepada hak asasi manusia seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Melalui aktiviti dalam modul ini, peserta akan lebih memahami bahawa hak asasi
manusia untuk setiap individu adalah keperluan untuk hidup secara bermaruah dan
membangunkan keupayaan diri sepenuhnya. Aktiviti dalam modul ini turut menggalakkan
perkongsian pandangan antara peserta dan tenaga pengajar berkenaan pemahaman
mereka terhadap hak asasi manusia.
OBJEKTIF
MODUL
i.
Peserta dapat mengetahui latar belakang dan konsep hak asasi
manusia serta kewujudan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
(SUHAKAM).
ii. Peserta dapat menjelaskan kepentingan, prinsip asas hak asasi
manusia dan kategorinya.
iii. Peserta dapat menghargai kepentingan hak asasi manusia dan
memainkan peranan melindungi, menghormati dan memenuhi hak
asasi manusia
1