HARAPAN MASA DEPAN L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 39 1 fungsi yang boleh dijalankan oleh SUHAKAM dalam menasihati Mahkamah Syariah serta perkembangan positif dalam usaha untuk memansuhkan hukuman mati. SUHAKAM sebagai badan yang ditubuhkan oleh Parlimen berusaha untuk mengingatkan kerajaan berhubung komitmennya dan untuk menegakkan prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. B A B Tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar apabila banyak isu yang melibatkan hak asasi manusia yang masih belum dapat diselesaikan berdasarkan isu-isu yang dinyatakan di atas. SUHAKAM mengakui bahawa kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan adalah wajar dan kegagalan untuk menangani isu-isu ini akan menjurus kepada kemerosotan hak asasi manusia di Malaysia. Ini akan menjejaskan kedudukan Malaysia di mata dunia. Secara positifnya, usaha berterusan yang dilaksanakan oleh SUHAKAM sejak beberapa tahun lalu telah membuahkan hasil seperti Badan Kehakiman Syariah telah mengakui

Select target paragraph3