Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT)10, Syor-syor Umum
Pelapor Khas Mengenai Penyeksaan11, Komen Umum No. 8 Mengenai
Hak Kanak-kanak untuk dilindungi daripada Hukuman Merotan dan
Bentuk-bentuk Hukuman Lain yang Zalim atau Menjatuhkan Maruah12,
dan Deklarasi Kaherah mengenai Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak dan Jurisprudens Islam adalah antara dokumen-dokumen hak asasi
antarabangsa yang melarang, secara nyata dan tersirat, pelaksanaan
hukuman merotan. Berdasarkan dokumen-dokumen ini, jelas menunjukkan
bahawa pindaan yang dicadangkan bertentangan dengan semangat hak
asasi manusia. Oleh itu, SUHAKAM ingin menegaskan pendiriannya bahawa
semua bentuk penyeksaan dan layanan yang tidak berperikemanusiaan
atau menjatuhkan maruah adalah sama sekali dilarang oleh undangundang yang telah diterima di peringkat undang-undang adat
antarabangsa dan triti antarabangsa. SUHAKAM berpandangan bahawa
hukuman sedemikian harus digantikan dengan hukuman yang lebih
berperikemanusiaan yang tidak mempunyai elemen layanan yang tidak
berperikemanusiaan, kejam dan menjatuhkan maruah terhadap pesalah
dan hukuman merotan tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada
sistem perundangan Malaysia. SUHAKAM juga mencadangkan agar
Parlimen harus sewajarnya memastikan bahawa semua undang-undang
yang diluluskan adalah munasabah, saksama dan berkadaran serta
progresif dan adil.
Pada masa laporan ini ditulis, SUHAKAM mengambil perhatian bahawa
rang undang-undang yang dicadangkan masih belum dibahaskan di
Parlimen.
10 Artikel 1 CAT
11 E/CN.4/2003/68, para. 26.
12 Perenggan 32 Komen No. 8 – Jawatankuasa menyatakan bahawa di dalam Negara-Negara
“minority”, hukuman rotan menggunakan rotan atau sebatan adalah masih dibenarkan
sebagai hukuman di mahkamah untuk pesalah kanak-kanak. Seperti yang sering ditegaskan
oleh Jawatankuasa, Konvensyen ini mengkehendaki peruntukan-peruntukan seperti itu
dimansuhkan.
38
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017