SUHAKAM mengambil maklum kewujudan beberapa jawatankuasa pemandu yang ditempatkan di bawah beberapa agensi kerajaan bagi membincangkan kebarangkalian untuk menyertai baki enam triti hak asasi manusia utama. Berdasarkan beberapa siri mesyuarat dengan beberapa agensi kerajaan yang diadakan sepanjang tahun 2017, SUHAKAM dimaklumkan bahawa kerajaan mempunyai dasar untuk tidak meratifikasi mana-mana triti antarabangsa melainkan jika triti itu mematuhi undang-undang negara. SUHAKAM mengambil maklum melalui maklum balas kerajaan berkenaan isu penyertaan kepada triti antarabangsa, kerajaan sentiasa berpandangan bahawa keselarasan antara undangundang negara dan triti antarabangsa perlu wujud terlebih dahulu sebelum ratifikasi. SUHAKAM percaya bahawa pandangan ini tidak wajar kerana tidak dinafikan kerajaan telah menjalankan dan melaksanakan banyak perubahan dan inisiatif positif berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan elemen-elemen yang terkandung dan dijelaskan dalam trititriti antarabangsa seperti ‘pencapaian secara progresif’ terhadap banyak hak rakyatnya.6 SUHAKAM ingin menekankan bahawa penggunaan dasar sedemikian adalah tidak berasas kerana proses dan tempoh pelaksanaan perlu secara berterusan, malah sentiasa wujud undang-undang atau dasar yang berkemungkinan bertentangan dengan triti-triti ini. Kerajaan seharusnya melihat ratifikasi kepada tirti-triti ini sebagai satu tindakan positif untuk menggalakkan kerajaan memenuhi kewajipan dan kepatuhannya terhadap semangat dan niat di sebalik triti-triti ini. 13. 6 RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 2016 (RUU 355) Pada tahun 2016, Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah berjaya mencadangkan satu usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta Ibu) di Dewan Rakyat. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memperkasakan bidang kuasa jenayah Artikel 2 Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Artikel 4 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Artikel 4(2) Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya. 36 L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Select target paragraph3