kemampuan peguam-peguam Syariah dan penerimaan hakim-hakim Mahkamah Syariah terhadap konsep yang membenarkan orang luar seperti SUHAKAM diizinkan untuk memberi pandangan dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. 10. PEMBUBARAN PERKAHWINAN - PERTUKARAN AGAMA Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) mentadbir perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Muslim selepas 1 Mac 1982. Bagi perkahwinan pasangan Muslim, mereka ditadbir oleh undang-undang Islam negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak menghalang potensi berlakunya pertikaian, khususnya apabila melibatkan pertukaran agama. Setiap pertikaian mempunyai tahap keseriusan tersendiri dan memberikan kesan kepada hak kanak-kanak, wanita dan juga institusi kekeluargaan. Antara isu yang tidak dapat diselesaikan termasuklah isu penukaran agama kanak-kanak, pewarisan harta serta konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. SUHAKAM mengalu-alukan pengenalan Seksyen 88A5 dan 6 pindaan seksyen Rang Undang-undang 164, yang dibentangkan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 November 2016. Namun, rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen pada 9 Ogos 2017 tanpa Seksyen 88A, yang dipercayai mampu untuk menyelesaikan isu penukaran agama kanak-kanak, disebabkan kerajaan telah menarik semula seksyen berkenaan kerana kerajaan berpandangan perkara ini melibatkan isu perlembagaan. SUHAKAM dalam kenyataan medianya telah melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan penarikbalikan peruntukan dalam Rang Undang-undang Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017. Hal ini kerana undang-undang tersebut boleh menjadi satu penyelesaian yang efektif terhadap penukaran agama kanakkanak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa. Sehubungan itu, 5 Seksyen berkenaan memperkenalkan bahawa agama bagi kanak-kanak dalam perkahwinan hendaklah kekal sebagaimana agama pihak-pihak kepada perkahwinan sebelum penukaran agama, kecuali apabila kedua-dua pihak kepada perkahwinan bersetuju kepada penukaran agama kanak-kanak kepada agama Islam, tertakluk sentiasa kepada keinginan kanak-kanak setelah dia mencapai usia lapan belas tahun. 34 L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Select target paragraph3