Pertemuan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak berkenaan watching brief syariah. SUHAKAM menyedari bahawa pelaksanaan sebenar wawasan ini berkemungkinan tidak dapat direalisasikan pada masa terdekat kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil perhatian termasuklah L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 33 1 Dalam usaha untuk memperkenalkan Mahkamah Syariah Negeri dengan kerja dan niat Suruhanjya untuk menjalankan watching brief, SUHAKAM telah berjaya mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Kehakiman Syariah Sabah masing-masing pada bulan Ogos dan bulan Oktober 2017. Dalam mesyuarat tersebut, SUHAKAM telah menjelaskan sebab di sebalik idea ini dan SUHAKAM berharap agar langkah ini boleh menghilangkan sebarang tanggapan negatif yang menganggap hak asasi manusia tidak selaras dengan agama Islam. B A B menjalankan watching brief di mahkamah-mahkamah sivil. SUHAKAM berpendapat bahawa pendekatan ini juga boleh diamalkan di Mahkamah Syariah dan usaha untuk merealisasikan wawasan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014. Pada tahun 2016, Ketua-ketua Hakim Syariah kecuali Negeri Johor telah bersetuju dengan permintaan SUHAKAM untuk menjalankan watching brief di Mahkamah Syariah. SUHAKAM menerima baik keputusan ini.

Select target paragraph3