mengundang lima orang penceramah untuk memberikan maklumat dan
berkongsi pengalaman serta pandangan mereka berkenaan isu-isu yang
berkaitan akses kepada maklumat. Para penceramah terdiri daripada
Encik Michael P. Canares, pakar antarabangsa; Puan Cynthia Gabriel
daripada C4; Encik Mansoor Saat daripada Majlis Peguam Malaysia; Dr.
Nik Salida Suhaila Nik Saleh daripada SUHAKAM; dan Puan Sophia Hashim
daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU).
Objektif PMB adalah seperti yang berikut:
i.
Mengenal pasti kerelevanan dan kepentingan perundangan
melibatkan kebebasan maklumat di Malaysia;
ii.
Mengenal pasti cabaran untuk menggubal perundangan melibatkan
kebebasan maklumat di Malaysia;
iii.
Menilai undang-undang yang menghalang hak kepada kebebasan
maklumat; dan
iv. Menggariskan satu rangka kerja strategik ke arah penggubalan
perundangan melibatkan kebebasan kepada maklumat.
Berikut disenaraikan beberapa isu yang dibangkitkan sepanjang
perbincangan tersebut;
i.
Akses kepada maklumat boleh membawa kepada pembentukan
kerajaan yang lebih telus dan bertanggungjawab;
ii.
Dalam mempertimbangkan mempunyai Undang-undang Hak
kepada Maklumat, beberapa perkara penting dan perlindungan
perlu diambil kira. Dengan ini, dicadangkan supaya kerajaan
meminda Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji semula undangundang dan dasar yang berkaitan;
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
31
1
Selaras dengan perkara ini, SUHAKAM bersama-sama dengan Centre to
Combat Corruption and Cronyism (C4) telah menjalankan satu aktiviti
berkenaan akses kepada maklumat di Malaysia. Satu perbincangan meja
bulat (PMB) dengan pihak berkepentingan yang melibatkan kumpulan
masyarakat sivil dan wakil-wakil agensi kerajaan serta media telah
diadakan pada 4 Ogos 2017 bagi mendapatkan input, pandangan dan
syor-syor daripada para peserta berhubung perkara ini. SUHAKAM telah
B A B
dijadikan sebagai alasan untuk menghalang perkongsian maklumat dan
ketidaktelusan kerajaan.