kerakyatan, dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan dapat dipertahankan. Selain itu, pemeteraian MoU ini akan mengukuhkan lagi komitmen untuk bekerja bersama dan berhubung dengan pelbagai agensi kerajaan serta pihak berkepentingan bagi memastikan hak-hak kumpulan rentan ini dilindungi. Melalui MoU ini, SUHAKAM dan UNHCR telah membangunkan satu pelan tindakan secara bersama bagi tahun 2017-2019 yang merangkumi, antaranya termasuklah memperjuangkan penggubalan dan pemakaian perundangan domestik serta rangka kerja pentadbiran bagi pelindungan hak-hak pencari suaka dan pelarian; mengusahakan inisiatif untuk melaksanakan alternatif penahanan terutamanya bagi wanita dan kanakkanak; menganjurkan kempen kesedaran dan latihan; mempromosikan pemahaman dan respon yang lebih baik terhadap hak-hak pelarian dan pencari suaka dalam masyarakat setempat; dan meningkatkan persefahaman dan hidup bersama secara aman di Malaysia. Selain itu, melalui MoU ini, SUHAKAM dan UNHCR boleh berkongsi sumber dan data bagi membolehkan kedua-dua pihak mempunyai maklumat yang lebih tepat, respon masa yang lebih pantas serta membantu dalam mencari penyelesaian yang lebih baik dan boleh dilaksanakan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelarian, pencari suaka, orang tanpa kerakyatan dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan di Malaysia. SUHAKAM memuji Jabatan Imigresen Malaysia dalam usahanya untuk menyaring dan melepaskan imigran, pelarian dan pencari suaka setelah memeriksa keaslian kad UNHCR mereka serta memastikan kumpulan L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 27 1 Pemeteraian MoU ini membantu merealisasikan matlamat yang dikongsi oleh SUHAKAM dan UNHCR dalam memastikan bahawa SDG dan kepentingan komitmen ‘tiada sesiapa yang akan ketinggalan’ bagi perlindungan hak asasi manusia pelarian, pencari suaka, orang tanpa B A B menandatangani satu MoU bagi merasmikan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan lebih erat serta sokongan bersama antara keduadua organisasi dalam melindungi hak-hak pelarian, pencari suaka, orang tanpa kerakyatan dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan di Malaysia.

Select target paragraph3