5.
BULI SIBER DAN HAK ASASI MANUSIA
Pada tahun 2017, SUHAKAM menerokai satu isu baharu iaitu buli siber dan
hak asasi manusia. SUHAKAM percaya bahawa setiap orang mempunyai
hak untuk dihormati, selamat dan bebas daripada keganasan, gangguan
dan buli. Kehidupan yang bebas daripada keganasan dan layanan yang
kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan merupakan
satu hak asasi asas yang perlu dinikmati oleh setiap orang tanpa mengira
umur dan kepercayaan.
Seiring dengan kemajuan teknologi, kaedah pembulian juga berkembang
dan mengambil pelbagai bentuk dalam dunia siber. Buli siber boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang. Mangsa boleh
mengalami pengasingan sosial yang ketara dan berasa tidak selamat. Hal
ini boleh membawa kepada kemudaratan emosi dan fizikal, kehilangan
kepercayaan diri, perasaan malu dan kebimbangan, kesukaran untuk
belajar dan menumpukan perhatian, malah lebih teruk sehingga
membunuh diri.
Menurut CyberSecurity Malaysia, sehingga bulan Ogos 2017, terdapat
431 insiden berhubung gangguan siber yang dilaporkan. Walaupun
terdapat 1524 kes buli siber yang direkodkan dalam tempoh lima tahun
terdahulu, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang khusus untuk
mengekang atau menangani buli siber. Pada 25 Julai 2017, SUHAKAM telah
menghadiri satu konsultasi dengan pihak berkepentingan tentang cara
mengatasi gangguan berkaitan teknologi dan keganasan berasaskan
jantina. Dalam konsultasi tersebut, telah dicadangkan satu strategi
harus dibangunkan bagi membolehkan pemupukan dan pemerkasaan
pengalaman Internet yang selamat untuk semua pengguna Internet.
Konsultasi tersebut juga mengambil maklum bahawa mangsa kepada buli
siber mungkin berhadapan dengan tekanan emosi dan psikologi. Oleh hal
yang demikian, bantuan hendaklah disediakan.
6.
26
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DENGAN PESURUHJAYA TINGGI
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BAGI PELARIAN (UNHCR)
Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah memperjuangkan hak pelarian,
pencari suaka, individu tanpa kerakyatan dan individu yang berada dalam
keadaan berisiko. Pada 14 September 2017, SUHAKAM dan UNHCR telah
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017