Maklumat yang terkandung dalam Laporan itu akan menjadi penting
kepada Parlimen apabila mempertimbangkan kerelevanan dan
pembaharuan tempoh penahanan 28 hari di bawah SOSMA pada
masa akan datang. Hal ini juga akan membantu Parlimen memastikan
SOSMA lebih efektif dan konsisten dengan prinsip asas perundangan dan
kepatuhan hak asasi manusia.
B. Jawatankuasa Pilihan berhubung Hak Asasi Manusia
SUHAKAM juga mencadangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa
Pilihan berhubung Hak Asasi Manusia. Jawatankuasa ini mempunyai
fungsi mengkaji semula kandungan-kandungan yang terdapat di
dalam laporan itu sebelum diserahkan kepada Parlimen. Sehubungan
itu, SUHAKAM menyambut baik persetujuan Kabinet kepada cadangan
Kesatuan Antara Parlimen (IPC) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya satu Kokus Parlimen berhubung Hak
Asasi Manusia ditubuhkan. Kokus tersebut akan dianggotai oleh ahli-ahli
Parlimen daripada kedua-dua pihak, parti kerajaan dan pembangkang,
dan akan bertindak sebagai penghubung SUHAKAM dan agensi kerajaan
lain bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi
manusia di Malaysia. SUHAKAM mengesyorkan supaya kokus tersebut
juga dapat membincangkan dan mengkaji semula pemakaian undangundang keselamatan seperti SOSMA bagi memastikan penggunaan
undang-undang berkenaan selari dengan prinsip-prinsip hak asasi
manusia, berkadaran dan munasabah.
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
25
1
SOSMA.
B A B
SUHAKAM juga ingin menyatakan bahawa tahanan yang ditahan di bawah
undang-undang penahanan pencegahan boleh terdedah pada tahap
risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa penderaan fizikal dan menjadi
subjek bagi layanan buruk yang boleh membawa kepada penyeksaan.
Bagi meminimumkan kebarangkalian tersebut, SUHAKAM mencadangkan
supaya pihak berkuasa dan polis khususnya, membangunkan satu
prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani perkara-perkara
yang berkaitan dengan penahanan di bawah SOSMA. Selain itu, Parlimen
haruslah mempunyai akses kepada SOP ini bagi memastikan langkahlangkah telah diambil bagi melindungi hak individu yang ditahan di bawah