iii.
berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia
diharmonikan.
4.
PENAHANAN PENCEGAHAN
Pada 3 April 2017, peruntukan 28 hari penahanan pencegahan oleh polis
seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah dilanjutkan untuk lima tahun
lagi setelah semakan terhadap klausa ”sunset” di bawah Seksyen 4(11)
SOSMA dibuat. Klausa ”sunset” mewajibkan Parlimen untuk mengkaji semula
kuasa budi bicara yang diberikan di bawah Seksyen 4(5) SOSMA. Seksyen
4(11) SOSMA menyatakan bahawa “subseksyen (5) hendaklah disemak
tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika,
apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis
Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu”. Klausa
”sunset” ini telah dinyatakan secara khusus di Parlimen ketika bacaan
kedua rang undang-undang sebagai satu daripada perlindungan yang
dimaksudkan oleh kerajaan terhadap SOSMA.
SUHAKAM ingin menekankan bahawa keseimbangan yang sewajarnya
hendaklah dicapai antara keperluan untuk melindungi negara daripada
ancaman keselamatan, dan pada masa yang sama, mengekalkan
kebebasan dan hak asasi manusia asas. Kedua-dua pertimbangan ini
haruslah dijalinkan bagi mengukuhkan antara satu sama lain; keselamatan
tanpa konsep semak dan imbang boleh menghakis hak asasi manusia; dan
juga hak asasi manusia yang mutlak boleh mendedahkan keselamatan
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
23
1
Justeru, SUHAKAM mencadangkan bahawa selari dengan kuasa Menteri di
bawah Seksyen 26 SOACA 2017, peruntukan-peruntukan yang dinyatakan
di atas dimasukkan ke dalam Jadual. Di samping itu, sebarang undangundang lain yang relevan juga harus dimasukkan ke dalam Jadual setakat
mana undang-undang tersebut relevan dengan peruntukan SOACA 2017
bagi memberikan petunjuk yang jelas terhadap ruang lingkup SOACA
2017 serta bagi memastikan bahawa semua undang-undang yang relevan
B A B
Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 yang berkaitan dengan
pemilikan pornografi kanak-kanak dalam bentuk filem lucah.