sebagai individu yang berumur bawah 18 tahun tetapi tiada sebarang
pindaan dibuat.2
Oleh yang demikian, SUHAKAM menggesa agar kerajaan
mempertimbangkan untuk memperkenalkan peruntukan khusus
berkenaan perkahwinan kanak-kanak dalam undang-undang domestik
kerana perkara ini boleh memudaratkan hak asasi wanita dan kanakkanak.
3.
KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
SUHAKAM amat bimbang dengan bilangan kesalahan seksual terhadap
kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia.3 Sehubungan itu,
SUHAKAM menyambut baik penggubalan Akta Kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-kanak 2017 (SOACA 2017) yang berkuat kuasa pada 10
Julai 2017. SUHAKAM berpendapat bahawa semua peruntukan dalam Akta
berkenaan adalah selari dengan semangat artikel-artikel yang terdapat
dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Protokol
Pilihan CRC Terhadap Penjualan Kanak-kanak, Pelacuran Kanak-kanak
dan Pornografi Kanak-kanak. Walau bagaimanapun, SUHAKAM ingin
menyatakan perkara-perkara seperti yang berikut:
2
3
Kenyataan Media SUHAKAM bertarikh 18 April 2016.
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/worrying-rise-of-sexual-crimes-againstchildren#fGQjY10wSx8bY3ZG.97
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
21
1
SUHAKAM amat bimbang dengan ketiadaan sebarang peruntukan
menangani perkahwinan kanak-kanak dalam pindaan baharu Akta
Kanak-kanak 2001[Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016]. Meskipun cadangan
daripada SUHAKAM untuk meminda undang-undang domestik bagi
meningkatkan usia perkahwinan secara perundangan untuk semua
kepada 18 tahun selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang mentakrifkan kanak-kanak
B A B
terbaik kanak-kanak perlu diutamakan dan tidak boleh digantikan dengan
amalan tradisi apabila berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak.