setiap negeri kerana penggunaan undang-undang Syariah sedia ada
adalah berbeza bagi sebuah negeri dengan yang lain. Terdapat juga
pertikaian dengan undang-undang sivil berhubung hal-hal tertentu
seperti hak penjagaan anak dan penukaran agama anak kepada Islam
oleh sebelah pihak. Pada masa sekarang, reservasi yang diletakkan
kepada Artikel 16 CEDAW adalah sebahagiannya disebabkan pertikaian
dengan undang-undang Syariah, dan kerajaan telah secara konsisten
menggunakan ketidakseragaman dengan undang-undang Islam sebagai
satu faktor dalam peletakan reservasi terhadap triti-triti hak asasi manusia
antarabangsa.
Jawatankuasa CEDAW menyatakan kepada SUHAKAM bahawa banyak
negara yang telah menyerapkan undang-undang Syariah ke dalam sistem
perundangan mereka telah maju ke hadapan dengan penggunaan dan
interpretasi moden. Jawatankuasa seterusnya menggalakkan SUHAKAM
untuk mempertimbangkan Deklarasi Beirut dan 18 komitmennya berkenaan
Kepercayaan Kepada Hak (Faith for Rights) yang mana objektifnya adalah
untuk memupuk pembangunan masyarakat aman, mempertahankan
martabat manusia, kesaksamaan untuk semua dan kepelbagaian bukan
hanya diterima tetapi dihormati sepenuhnya dan diraikan.
SUHAKAM berharap agar perkara-perkara yang dibangkitkan ketika prasesi akan diambil perhatian oleh kerajaan ketika pemerhatian akhir oleh
Jawatankuasa CEDAW yang dijadualkan berlangsung pada 20 Februari
2018 dan Penilaian Penggalan Sejagat Malaysia yang dijadualkan pada
bulan Oktober/November 2018. Selain itu, kerajaan harus memastikan
perkara-perkara berkenaan dipertimbangkan, selari dengan usaha
kerajaan dalam mempromosikan Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG), khususnya Matlamat 5 untuk mencapai kesaksamaan jantina dan
memperkasakan wanita serta kanak-kanak perempuan.
2.
20
PERKAHWINAN PAKSA DAN PADA AWAL USIA
Perkahwinan kanak-kanak merupakan perlanggaran hak asasi manusia
serius yang boleh memberikan kesan ketara terhadap hak kanak-kanak
bagi kesihatan, pendidikan, kesaksamaan, tiada diskriminasi dan untuk
hidup secara bebas daripada keganasan dan eksploitasi. Kepentingan
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017