iv.
v.
vi.
vii.
Undang-undang sedia ada berkaitan keganansan rumah tangga perlu
dikaji semula bagi menyediakan perlindungan undang-undang kepada
pasangan yang telah berkahwin dan tidak berkahwin;
Undang-undang domestik di Malaysia perlu dipinda untuk meningkatkan
umur perkahwinan secara perundangan kepada 18 tahun;
Kerajaan perlu memastikan bahawa pemerkasaan wanita diutamakan,
terutamanya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga
kerja, politik dan meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan pembuat
keputusan;
Penyelarasan dan komitmen di semua peringkat politik di Malaysia
diperlukan untuk menyekat pemerdagangan dan penyeludupan wanita
di peringkat serantau dan antarabangsa secara efektif;
viii. Dasar-dasar khusus perlu dibangunkan untuk membantu komuniti
transgender bagi memastikan hak-hak mereka untuk akses kepada
perkhidmatan awam, pekerjaan, penjagaan kesihatan dan perumahan
dilindungi, dan maruah mereka dihormati dan dijamin;
ix. Kerajaan perlu memastikan bahawa wanita di setiap negeri di Malaysia
diberi akses kepada keadilan secara adil dan saksama di Mahkamah
Syariah; dan
x.
Kumpulan-kumpulan rentan seperti pekerja asing, pencari suaka, pelarian
dan wanita tanpa kerakyataan harus diberikan akses yang sama rata
terhadap pendidikan formal, penjagaan kesihatan dan pekerjaan, serta
hak untuk hidup dalam kehidupan yang bebas daripada kemiskinan dan
diskriminasi.
Susulan daripada penyata lisan yang disampaikan tersebut, Jawatankuasa
CEDAW telah membangkitkan beberapa isu:
i.
18
Pemerdagangan Wanita
Jawatankuasa CEDAW bertanya sama ada terdapat tempat perlindungan
untuk mangsa-mangsa pemerdagangan. Dalam penyataan balas,
SUHAKAM menyatakan bahawa antara masalah utama berkaitan dengan
tempat perlindungan termasuklah kekangan bajet. Sehubungan itu,
Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) tertentu sedang dipilih untuk menyediakan
perlindungan kepada mangsa pemerdagangan. Jawatankuasa CEDAW
juga dimaklumkan bahawa SUHAKAM telah mengadakan rundingan
dengan pihak berkepentingan yang berkaitan seperti Majlis AntiPemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) di bawah
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017