BAB 1 B A B 1. 1 Bahagian Pembaharuan Undang-undang dan Triti KONVENSYEN MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA (CEDAW) Berikutan penyerahan Laporan Negara ketiga hingga kelima CEDAW kepada Jawatankuasa CEDAW pada 1 September 2016, SUHAKAM juga menyerahkan Laporan Bebas kepada Jawatankuasa CEDAW pada 31 Mac 2017. Sehubungan itu, SUHAKAM telah diundang untuk menghadiri PraSesi Kumpulan Kerja bagi Instiitusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI) Jawatankuasa CEDAW ke-69.1 Pra-sesi tersebut adalah untuk menyediakan platform bagi Institut Nasional Hak Asasi Manusia (NHRI) untuk menyatakan isu-isu berkaitan CEDAW yang dilaksanakan oleh Negara-Negara Pihak. Isuisu yang dibangkitkan pada sesi tersebut menjadi sebahagian daripada senarai isu dan persoalan yang akan disediakan oleh Jawatankuasa CEDAW kepada Negara-Negara Pihak untuk dinilai. Berikut merupakan isu-isu yang dibangkitan dalam penyata lisan SUHAKAM kepada Jawatankuasa CEDAW pada pra-sesi tersebut: i. ii. iii. 1 Kerajaan perlu menyegerakan proses untuk memperkenalkan undangundang kesaksamaan jantina dan bagi tujuan itu, memastikan bahawa proses perundingan adalah inklusif; Peruntukan yang jelas berkenaan rogol dalam perkahwinan diperlukan dalam undang-undang jenayah sedia ada di Malaysia; Latihan berkenaan gangguan seksual perlu diwajibkan kepada semua pekerja dan majikan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan; Pra-Sesi Kumpulan Kerja bagi Institusi Nasional Hak Asasi Manusia (NHRI) Jawatankuasa CEDAW ke-69 telah diadakan pada 24 Julai 2017. L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 17

Select target paragraph3