BAB 2 - LAPORAN KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN
BAB 2
LAPORAN KUMPULAN KERJA ADUAN
DAN SIASATAN
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 menyatakan bahawa salah satu fungsi utama
Suruhanjaya ialah menyiasat aduan-aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. Kuasa dan
fungsi Suruhanjaya di bawah Seksyen 4 untuk menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut dilaksanakan
oleh Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan (CIWG).
1. PENYELESAIAN ADUAN
Sepanjang tahun, Suruhanjaya menerima 1,005 aduan (Rajah 1) di pejabatnya di Kuala Lumpur, Kota
Kinabalu dan Kuching, 42 daripada aduan tersebut adalah dalam bentuk memorandum.
1,600
1,400
Jumlah Aduan
1,200
1,000
800
600
400
200
0
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Tahun
Rajah 1: Aduan yang diterima
Suruhanjaya mendapati bahawa 437 aduan adalah di luar bidang kuasanya. Aduan tersebut
termasuklah:
•
Isu-isu pentadbiran yang sewajarnya dapat diselesaikan segera oleh agensi-agensi yang
berkaitan;
37