BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
5. PROGRAM LATIHAN DALAMAN
EWG menganjurkan program latihan dalaman berkenaan isu-isu hak asasi manusia kepada warga
Suruhanjaya sendiri bagi mempertingkatkan kefahaman tentang hak asasi manusia. Beberapa
penceramah yang arif dalam bidang masing-masing telah dijemput untuk mengendalikan sesi
latihan:
Jadual 2: Program Latihan
NO.
TAJUK
TARIKH
1.
Tayangan Filem: Gadoh
19 Feb
2.
Ceramah Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
3 Mac
3.
Ceramah Hak Orang Asal
24 Mei
4.
Tayangan filem dan perbincangan: 10 Tahun Sebelum Merdeka
11 Jun
5.
Ceramah Hak Asasi Manusia dan Alam Sekitar
25 Jun
6.
Latihan Mengenai Tiada-Diskriminasi
2-3 Nov
7.
Ceramah Motivasi mengenai Etika Kerja
12 Nov
6. PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Suruhanjaya merupakan satu-satunya perpustakaan hak asasi manusia di Malaysia.
Perpustakaan ini mengandungi sejumlah koleksi bahan-bahan berkenaan hak asasi manusia yang
digunakan dalam kerja sehari-hari di Suruhanjaya dan pihak yang berminat. Perpustakaan ini
mengumpulkan bahan bacaan, jurnal dan juga bahan arkib.
Selari dengan matlamatnya untuk meluaskan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat,
Suruhanjaya telahpun memutuskan bahawa semua mantan anggota Suruhanjaya dan bekas
kakitangan dialu-alukan untuk membuat pinjaman bahan rujukan koleksi perpustakaan ini. Bahan
rujukan yang terdapat di perpustakaan juga terbuka kepada orang awam.
36