BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
Satu lagi isu penting yang menjadi fokus dalam program latihan ini ialah hak untuk berhimpun. Sejak
kewujudannya, Suruhanjaya ini telah menjalankan tiga siasatan awam2 berkaitan hak untuk berhimpun.
Laporan hasil daripada siasatan ini menggariskan panduan-panduan yang harus digunapakai oleh
polis dan penganjur sewaktu berhimpun. Antara panduan yang digariskan adalah:
•
Undang-undang berkenaan hak untuk berhimpun harus dilaksanakan secara adil dan sama rata
tanpa sebarang diskriminasi.
•
Satu model kerjasama antara polis dan penganjur dilaksanakan. Penganjur perlu memaklumkan
kepada polis tentang perhimpunan yang bakal dianjurkan, supaya tidak perlu untuk memohon
lesen bagi mengadakan perhimpunan aman.
•
Pihak berkuasa, termasuk pihak yang bertanggungjawab atas kawasan-kawasan awam yang
ingin digunapakai, harus membenarkan kawasan tersebut digunapakai bergantung kepada
kesesuaian program, tanpa sebarang diskriminasi.
•
Sekatan jalanraya tidak seharusnya diadakan semata-mata untuk menghalang perjalanan peserta
berhimpun.
•
Pegawai polis harus memaparkan identiti masing-masing, terutamanya pada perisai badan.
Suruhanjaya menekankan bahawa sekiranya perhimpunan dilangsungkan secara aman, pihak
polis harus memberikan kerjasama yang sewajarnya agar perhimpunan berlangsung dengan aman
dan keselamatan peserta terjamin. Malangnya, terdapat insiden di mana pihak polis menghalang
peserta daripada menghadiri perhimpunan sebegini atas sebab keselamatan tanpa justifikasi risiko
keselamatan.
Suruhanjaya mengesyorkan agar polis menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang yang
ditetapkan, tanpa sebarang diskriminasi, sama ada berdasarkan fahaman politik, agama atau lainlain. Suruhanjaya mengamati terdapat insiden di mana polis mengambil tindakan terhadap program
anjuran pembangkang, tetapi tiada tindakan sepertinya diambil terhadap penganjur program parti
kerajaan. Para peserta diingatkan bahawa pihak polis tidak boleh mengambil keputusan sewenangwenangnya berasaskan andaian dan anggapan, tetapi haruslah berasaskan bukti dan fakta yang
nyata.
2
Inquiry on Its Own Motion into the 5th November at the KESAS Highway, Public Inquiry: Incident at KLCC on 28 May, 2006, dan SUHAKAM Public
Inquiry into the Arrest and Detention of 5 Lawyers at the Brickfields Police Station.
32