BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
(c) Isu-Isu Lain Berkenaan Pendidikan
(i)
Cadangan Pembubaran Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR)
Sistem pendidikan di Malaysia dikaji dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti dan
keberkesanan sistem tersebut. Atas sebab ini, Kementerian Pelajaran telah mengemukakan
cadangan untuk membubarkan peperiksaan UPSR dan PMR. Format baru yang dicadangkan
akan diperkenalkan pada tahun 2016. Peperiksaan UPSR akan dinaiktaraf, manakala peperiksaan
PMR akan digantikan dengan sistem penilaian sekolah.
Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan penilaian melalui peperiksaan. Ini bermakna,
para pelajar yang bijak dalam bidang akademik mempunyai peluang yang lebih cerah.
Suruhanjaya berpendapat bahawa sistem pendidikan harus dikemaskini untuk memberi semua
pelajar peluang yang sama rata.
(ii)
Ungkapan Berbaur Perkauman Di Sekolah
Terdapat dua insiden yang menunjukkan pencabulan hak asasi yang berbaur sentimen perkauman
terhadap sebilangan pelajar di dua buah sekolah di Johor dan Kedah. Seharusnya, tidak ada
tempat untuk sebarang sentimen diskriminasi dan perkauman dalam bidang pendidikan;
lebih-lebih lagi daripada tenaga pengajar. Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Perkauman menggalakkan semua Kerajaan mengambil langkah-langkah yang perlu
bagi memastikan tiada manifestasi yang berbaur perkauman, keagamaan ataupun kebencian
berdasarkan kewarganegaraan. Walau bagaimanapun, Malaysia merupakan antara 16 negara
yang bukan negara ahli kepada konvensyen tersebut.
2. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA UNTUK
GOLONGAN BELIA
Suruhanjaya meneruskan usahanya dalam menganjurkan satu siri bengkel hak asasi manusia
kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Matlamat program sebegini adalah
untuk menjadikan para pelajar lebih peka dengan isu-isu berkaitan hak asasi manusia, dan untuk
memberi ruang bagi mengutarakan pandangan masing-masing. Para peserta menunjukkan minat
dalam isu seperti kebebasan bersuara. Sebagai contoh, sesetengah universiti telah menubuhkan
“Ruang Pidato” bagi membolehkan pelajar meluahkan pandangan mereka. Walaupun ini merupakan
satu perkembangan yang positif, Suruhanjaya berpendapat banyak yang mampu dilakukan untuk
menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh pelajar.
Tambahan pula, bengkel tersebut telah dianjurkan kepada belia yang bergiat dalam badan-badan
bukan kerajaan. Peserta membincangkan peranan mereka dalam mempertahankan hak asasi manusia
masing-masing dan menjalankan tanggungjawab mereka. Peserta juga berpendapat bahawa mereka
seharusnya dirujuk apabila Kerajaan merangka polisi tentang isu yang berkaitan bidang mereka.
30