BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
Suruhanjaya telah menerbitkan laporan perbincangan meja bulat tersebut sebagai rujukan untuk
tindakan susulan oleh pihak-pihak berkenaan.
(ii)
Lawatan ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli
Tujuan lawatan ialah untuk melihat tindakan-tindakan yang dijalankan oleh agensi berkenaan
ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbincangan meja bulat tersebut. Semasa mesyuarat
susulan pertama yang diadakan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, Suruhanjaya mendapati
beberapa agensi memberi maklum balas yang tidak menggambarkan keadaan sebenar di
lapangan.
Oleh itu, Suruhanjaya mengadakan lawatan ke beberapa sekolah dan kawasan Orang Asli untuk
memantau keadaan secara langsung. Lawatan ini adalah dengan kerjasama dengan JHEOA,
KPM, UPSI, Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru.
(iii) Perbincangan dengan Masyarakat Orang Asli, Pihak Sekolah dan Agensi Tempatan
Beberapa isu baru ditemui hasil perbincangan dengan masyarakat Orang Asli, pihak sekolah
dan agensi tempatan:
28
•
Projek Bekalan Air Bersih ke Sekolah Luar Bandar oleh KPM yang gagal membekalkan air
bersih di daerah Batang Padang dan Hulu Perak.
•
Bekalan elektrik 24 jam tidak dapat disediakan atas sebab sama ada melalui talian grid
(masalah pendawaian) atau generator (kurang bekalan minyak atau rosak) atau solar hybrid
(tidak dapat menampung keperluan sekolah).
•
Jalan penghubung ke daerah pedalaman tidak diselenggara secara berkala yang
mengakibatkan kenderaan cepat rosak dan membahayakan murid dan guru.
•
Tidak ada warden di asrama SK Bidor dan seramai 130 orang pelajar hanya diawasi oleh
Jaga Sekolah pada sebelah malam.
•
Kemudahan asrama-asrama yang dilawati di SK Bidor - Batang Padang, SMK Tengku Kudin,
Raub dan SMK Sultan Idris, Hulu Perak didapati sesak, kemudahan asas kurang begitu juga
keselesaan dan keselamatan penghuni.
•
Kurikulum alternatif yang seharusnya dilaksanakan di beberapa sekolah pilihan tidak
dijalankan dengan sempurna, malahan kebanyakan sekolah telah berhenti menggunakan
kurikulum ini kerana kekaburan arahan daripada agensi bertanggungjawab. Suruhanjaya
mendapati guru-guru baru tidak diberi latihan mengenai penggunaan kurikulum ini,
bahan pengajaran dan pembelajaran bagi Tahun 4 tidak dibekalkan sehingga lewat Ogos.
Suruhanjaya dimaklumkan bahawa kurikulum ini akan diganti dengan kurikulum baru yang
lebih menyerupai kurikulum kebangsaan.