ISU-ISU UTAMA
Sebagai institusi nasional hak asasi manusia (NHRI), Suruhanjaya akan memainkan peranan penting
dalam perangkaan dan pemantauan pelaksanaan NHRAP. Suruhanjaya menghargai inisiatif
Kerajaan dalam melibatkan Suruhanjaya pada peringkat persiapan dan berharap hubungan ini akan
dperkukuhkan melalui perundingan dan perjumpaan dari semasa ke semasa.
9. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)
Walaupun Kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam melaksanakan syor-syor Penilaian
Penggalan Sejagat (UPR), institusi berkepentingan seperti NHRI juga memainkan peranan penting
dalam memastikan pelaksanaan syor-syor tersebut. Oleh itu, Suruhanjaya telah mengambil langkahlangkah berikut sebagai tindakan susulan:
•
Menubuhkan sebuah jawatankuasa dalaman berkaitan tindakan susulan UPR;
•
Menyebarkan maklumat tentang proses dan syor-syor UPR kepada badan-badan
berkepentingan;
•
Mengadakan sesi perundingan bersama pihak berkepentingan, termasuk agensi-agensi Kerajaan,
untuk memperolehi maklumat terkini tentang pelaksanaan syor-syor UPR oleh Kerajaan;
•
Menyediakan satu senarai semak yang mengandungi semua syor UPR dan perkembangan
implementasi syor-syor tersebut oleh Kerajaan.
Malaysia sedang menghampiri pertengahan kedua penggal empat tahunnya untuk melaksanakan
kesemua syor yang diterimapakai pada tahun 2009. Kemajuan pelaksanaan tersebut akan diambilkira
oleh Kumpulan Kerja UPR dalam penilaian akan datang. Suruhanjaya berpuas hati atas inisiatif
Kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Antara Agensi untuk melaksanakan segala syor UPR.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berpendapat bahawa pelaksanaan syor-syor tersebut hanya
dapat dinilai setelah berlaku perubahan-perubahan yang boleh memajukan keadaan hak asasi
manusia. Dalam hal ini, Suruhanjaya akan meneruskan kerjasama dengan Kerajaan dan badan-badan
berkepentingan lain untuk memastikan tindakan susulan terhadap syor-syor UPR berjaya.
20