ISU-ISU UTAMA
Pada Januari 2008, Suruhanjaya telah mengetuai satu kajian bersama mengenai pekerja migran
yang bertajuk Kajian tentang Pekerja Migran yang Merangkumi Isu dan Masalah Negara-negara
Penghantar dan Penerima: Pelaksanaan Perisytiharan ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi
Hak-hak Pekerja Migran.1
Antara syor-syor utama yang dikemukakan terhadap Kerajaan Malaysia adalah:
•
Mengkaji semula undang-undang dan dasar-dasar yang tidak sejajar dengan konvensyen UN
dan ILO yang mana Malaysia adalah ahli;
•
Meminda undang-undang buruh bagi memasukkan “pekerjaan domestik” di bawah rangkuman
perundangan;
•
Meluluskan permohonan daripada Pelapor Khas tentang Hak Asasi Manusia Pekerja Migran
untuk membuat lawatan rasmi ke Malaysia;
•
Melancarkan satu kempen awam untuk membanteras rampasan pasport pekerja-pekerja migran
oleh majikan;
•
Menghapuskan sistem perkhidmatan luar (outsourcing) dan menggantikannya dengan satu
sistem yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia;
•
Memastikan keadaan di pusat-pusat tahanan mematuhi standard hak asasi manusia yang diiktiraf
di peringkat antarabangsa;
•
Menempatkan pegawai kesihatan secara tetap di Pusat-pusat Tahanan Imigresen;
•
Bekerjasama rapat dengan kerajaan negara-negara penghantar dalam menyelesaikan masalah
pekerja migran;
•
Membentuk rangka kerja perundangan dan dasar yang menyeluruh bagi mengawal selia
pengambilan, kemasukan, penempatan, layanan dan penghantaran balik pekerja migran; dan
•
Membentuk langkah-langkah bagi mengenalpasti pemerdagangan orang di kalangan pekerja
migran.
1
Tujuan projek tersebut, yang dikendalikan di bawah SEANF, adalah untuk mengenalpasti situasi pekerja migran dari kedua-dua negara penghantar
dan penerima, dan untuk menyokong tindakan-tindakan yang sesuai diambil oleh kerajaan-kerajaan ASEAN dalam menangani isu pekerja migran.
Sila rujuk Bab 5 laporan ini untuk butiran mengenai projek ini.
18