SUHAKAM
8.0 RUMUSAN
Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli bukanlah sesuatu yang baru. Masalahmasalah ini telah lama wujud dan berpanjangan. Kerajaan telah memperuntukkan
berjuta ringgit pada setiap tahun kepada agensi yang terlibat untuk kesejahteraan
masyarakat Orang Asli, tetapi masih wujud jurang yang besar dari segi pencapaian
sosio-ekonomi, jika dibandingkan dengan masyarakat arus perdana.
SUHAKAM sedar bahawa pihak berkuasa dan agensi-agensi yang berkenaan arif
mengenai perkara-perkara ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalahmasalah ini. SUHAKAM berharap usaha dan langkah yang komprehensif dan sistematik
dapat diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sering
dibangkitkan oleh Orang Asli, terutamanya dalam sistem penyampaian perkhidmatan
oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap pendidikan
Orang Asli. SUHAKAM berhasrat agar hak asasi masyarakat Orang Asli terjamin dan
masyarakat Orang Asli dapat menikmati hidup setaraf dengan rakyat Malaysia yang
lain.
65