LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 6.1.10 Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah i. ii. iii. Terdapat 2 buah perkampungan di daerah Gerik iaitu Kampung Sg. Kejar dan Kampung Selaoh di mana kanak-kanak tidak bersekolah langsung kerana tiada kemudahan disediakan oleh KPM dan JHEOA. Bilangan mereka yang tidak bersekolah di Kampung Sungai Kejar ialah seramai 52 orang kanak-kanak yang berumur antara 6-12 tahun dan seramai 23 orang pula berumur antara 13-17 tahun. Sementara di Kampung Selaoh terdapat 42 orang berumur 6-12 tahun dan 12 orang berumur 13-17 tahun. Keadaan ini telah berlarutan selama lebih 4 tahun. Sebagai respons kepada laporan SUHAKAM, pihak KPM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Isu Pendidikan Orang Asli dan Penan Bil.1/2009 pada bulan Ogos 2009 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri KPPM telah bersetuju untuk menyediakan Sekolah Cawangan SK Sungai Tiang. Sekolah ini akan menggunakan Kurikulum Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan (KAP) dan juga melaksanakan Kelas Dewasa untuk ibu bapa selewatnya pada awal tahun 2010. Sementara itu, atas cadangan SUHAKAM, JHEOA telah menjalankan kelas “Penggalak Membaca”9 yang diuruskan oleh pegawai-pegawai JHEOA daerah Gerik sejak pertengahan tahun 2009. Semasa lawatan SUHAKAM bersama JHEOA pada 21 Oktober untuk perbincangan dan melihat tapak sekolah, didapati kesemua kanak-kanak begitu berminat mengikuti kelas dan lebih kurang 5 orang telah mengenal huruf. Dua buah keluarga dimaklumkan telah menghantar anak mereka ke SK Sungai Tiang. Ibu bapa juga turut berminat mengikuti program berkenaan. Di daerah Gua Musang juga, masih terdapat kanak-kanak yang tidak bersekolah walaupun disediakan kemudahan seperti pengangkutan dan asrama. Di kawasan Kampung Kuala Betis sahaja, terdapat lebih kurang 20 kanak-kanak yang tidak bersekolah. SUHAKAM mendapati semasa lawatan pada 21 September 2007 ke Kampung Rening, Cameron Highland seramai 34 orang kanak-kanak Orang Asli yang berumur dari 6-12 tahun tidak pernah bersekolah. Ini berlaku berikutan tiada sebarang kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi kegunaan mereka ke sekolah. Sementara itu, seramai 20 orang remaja Orang Asli yang berumur 18 tahun ke bawah hanya bersekolah sehingga Tahap 1 sekolah rendah. 9 Program Penggalak Pembaca adalah program intervensi oleh JHEOA untuk mengatasi buta huruf di kalangan komuniti Orang Asli. 54

Select target paragraph3