SUHAKAM
6.1.7
Pengajaran dan Pembelajaran
i.
Murid dan bekas murid dari ketiga-tiga daerah mengatakan bahawa :
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Cara guru mengajar kerap kali membosankan dan tidak berjaya
menarik perhatian murid.
Isi kandungan pelajaran sukar difahami kerana banyak perkara
baru yang mereka tidak tahu.
Tidak dapat memahami pengajaran guru kerana masalah
bahasa (Bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi kanakkanak ini).
Guru tidak ada di sekolah kerana urusan-urusan di luar
sekolah.
Bahan bantuan mengajar tidak mencukupi kerana kurang
bahan dibekalkan atau kurang dijaga dengan baik sehingga
tidak sesuai lagi untuk digunakan.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kurang sesuai
dengan latar belakang, kebolehan dan keperluan murid
khasnya di sekolah pendalaman.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) kurang mempunyai buku bacaan,
buku rujukan murid dan guru dan alat bantu mengajar yang
tidak sesuai, tidak berfungsi serta tidak mencukupi utuk
kegunaan murid.
PSS tidak dimanfaatkan dengan berkesan dari segi susun
atur bahan, kekerapan penggunan bahan dan sumber serta
tiada perancangan untuk penambahbaikan pengurusan dan
penggunaan PSS.
Guru kurang pengalaman dan kemahiran untuk mengajar
murid Orang Asli yang mempunyai keperluan unik bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Guru tidak boleh bertutur dalam bahasa Orang Asli untuk
memudahkan komunikasi dua hala dan komunikasi berkesan
khasnya untuk murid Tahap 1. Sebilangan besar murid Orang
Asli di Tahap 1 menyatakan mereka tidak boleh mengikuti
pengajaran guru kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu.
Ini mungkin ada kebenarannya kerana di SK Sungai Tiang,
SUHAKAM telah membuat ujian tahap pencapaian kebolehan
membaca dan menulis (2M) ke atas 40 orang murid sekolah
yang dipilih secara rawak. (Sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 5).
Murid suka belajar dengan guru yang boleh bertutur dalam
bahasa mereka.
Pengajaran guru terlalu terikat dengan sukatan pelajaran dan
peperiksaan awam.
51