LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
6.1.6
50
Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru
i.
Ramai ibu bapa dan murid Orang Asli yang menyatakan bahawa
terdapat pihak pentadbir sekolah dan guru yang tidak prihatin tentang
kehadiran mereka di sekolah mahu pun dalam kelas, khasnya di
sekolah menengah. Mereka mengatakan terdapat segelintir pihak
pentadbir dan guru yang mengeluarkan kata-kata dan tindak-tanduk
yang membuatkan murid Orang Asli merasa terpinggir, terhina dan
rendah diri.
ii.
Ada ibu bapa di ketiga-tiga tempat program dijalankan menyatakan
bahawa terdapat juga kes-kes guru tidak berada dalam kelas, lewat
masuk kelas, tidak masuk mengajar sepenuh masa dan ada kalanya
mereka keluar atas urusan rasmi sehingga hanya tinggal seorang guru
sahaja.
iii.
Terdapat sekolah yang kerap kali ditutup pada hari Khamis kerana guru
balik kampung dan tidak dibuka pada hari Ahad kerana mereka belum
pulang dari kampung.
iv.
Terdapat kes di mana kesemua tukang masak asrama pulang bercuti
sehingga murid tidak dapat makan dan ibu bapa terpaksa menghantar
makanan walaupun menghadapi masalah pengangkutan.
v.
Ibu bapa semasa di ketiga-tiga program merasakan pendekatan
pengajaran dan isi kandungan mata pelajaran haruslah sesuai dengan
keperluan Orang Asli berlandaskan budaya, latar belakang, adat resam
dan persekitaran supaya lebih bermakna kepada mereka.
Ibu bapa menyatakan walaupun hubungan dengan sekolah baik, namun
mereka memerlukan maklumat dan maklumbalas berkaitan pendidikan
anak-anak mereka seperti dasar sekolah mengenai pemberian bantuan
pendidikan wang KWAPM, kelengkapan persekolahan dan aktivitiaktiviti sekolah. Walaupun ada PIBG, namun komunikasi antara pihak
sekolah dan ibu bapa kurang jelas dan ini menyebabkan berlaku salah
faham antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Murid Orang Asli memang diketahui suka bersukan, namun mereka
menyatakan bahawa mereka kerap kali terpinggir dalam menyertai
aktiviti sukan atau dipilih untuk mewakili sekolah. Keadaan ini
membuatkan mereka merasa tidak dihargai dan berlaku diskriminasi
terhadap mereka.