SUHAKAM
Jadual 15: Data Bilangan Murid Orang Asli Yang Belum Mempunyai
Sijil Kelahiran di Sekolah Murid Orang Asli Bagi Tahun 2007
BIL
NEGERI
MURID
BILANGAN
TIADA SIJIL
PERATUS TIADA SIJIL
KELAHIRAN
KELAHIRAN
1
PERAK (26/28 sekolah)
4,896
200
4.08
2
PAHANG
6,046
617
10.20
3
JOHOR
791
47
5.94
4
SELANGOR
1,545
93
6.01
5
KELANTAN
2,656
747
26.89
6
NEGERI SEMBILAN
630
112
17.77
7
TERENGGANU
151
42
27.81
JUMLAH
iii.
iv.
v.
vi.
16,715
1,858
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, KPM Tahun 2007
11.11
Di Kuala Gandah, Pahang masih terdapat lebih kurang 76 orang ibu
bapa dan anak-anak Orang Asli yang belum mempunyai sijil kelahiran
dan kad pengenalan dari keempat-empat kampung yang terlibat
(Kampung Kuala Gandah, Bukit Gabang, Sungai Lileh, Bukit Licin). (Sila
rujuk Jadual 16 untuk data murid dan penduduk kampung yang tidak
mempunyai sijil kelahiran semasa Program Outreach 2008)
SUHAKAM dengan kerjasama Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
telah mengambil inisiatif untuk mengambil gambar foto bagi kegunaan
sijil kelahiran dan kad pengenalan. Sebanyak 76 gambar telah
diambil untuk mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad
pengenalan.
Daripada 530 orang yang hadir di SK Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
hanya terdapat 50 orang yang masih belum mempunyai kad pengenalan
dan 26 orang belum mempunyai sijil kelahiran. JHEOA Negeri Kelantan
dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara telah menjalankan
operasi “Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan” secara berterusan sejak
2 tahun lalu. Kesemua 76 orang ini telah berjaya membuat dokumen
mereka dalam program tersebut. (Sila rujuk Jadual 16).
Daripada 350 orang yang hadir di SK Sungai Tiang, Gerik, Perak, hanya
terdapat 40 orang masih belum mempunyai sijil kelahiran dan kad
pengenalan. Pada hari berkenaan, sebanyak 26 kes sijil kelahiran dapat
diselesaikan dan 6 lagi diproses kemudian. Seramai 8 orang masih
dalam proses penyediaan kad pengenalan. Jumlah yang kecil ini adalah
kerana JHEOA Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran
Negara daerah Gerik telah menjalankan operasi “Sijil Kelahiran dan
Kad Pengenalan” secara berterusan sejak 3 tahun kebelakangan
ini. Di semua program ini, SUHAKAM telah membawa bersama
seorang penolong Pegawai Daerah dari Gerik yang bertindak sebagai
Pesuruhjaya Sumpah bagi mempercepatkan proses penyediaaan sijil
kelahiran. (Sila rujuk Jadual 16)
47