LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI vi. vii. 6.1.2 Kehadiran pelajar asrama selepas cuti sekolah kerap menjadi masalah kerana setiap kali selepas cuti ramai daripada mereka tidak hadir ke sekolah atas alasan tiada kenderaan yang mengambil mereka. JHEOA pula menyatakan para pelajar tidak menunggu pada waktu yang ditetapkan. Pada tahun 2008, di SMK Tengku Putra 2 di Gua Musang, Kelantan sahaja seramai 20 daripada 148 orang pelajar tidak hadir ke sekolah selepas cuti penggal. Sementara di SK Tohoi di daerah Gua Musang, Kelantan seramai 30 daripada 70 orang murid tidak hadir ke sekolah kerana masalah yang sama. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli khasnya di daerah pedalaman tidak disediakan kemudahan pengangkutan sehingga kanak-kanak Orang Asli tidak dapat bersekolah langsung. Kawasan-kawasan yang dikenalpasti oleh SUHAKAM adalah Kampung Sungai Kejar dan Kampung Selaoh, Gerik, Perak dan Kampung Sungai Rening Genting Highlands, Pahang. Selain itu, terdapat juga penempatan Orang Asli yang tidak mempunyai jalan penghubung untuk memudahkan pengangkutan di kawasan tersebut. Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan i. ii. Dokumen pengenalan8 diri adalah salah satu isu yang penting dan yang masih belum dapat diselesaikan di kalangan Orang Asli walaupun agensiagensi berkenaan cuba mempermudahkan lagi proses menyediakan dokumen pengenalan khas untuk Orang Asli. (Sila rujuk Jadual 15 untuk data murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran sehingga tahun 2007) Akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah, murid Orang Asli menghadapi masalah untuk menduduki peperiksaan awam, mendapatkan bantuan kewangan mahu pun bantuan kebajikan yang lain. Selain itu, mereka juga akan berhadapan dengan masalah apabila berurusan dengan pihak luar. Dari segi kesan emosi-psikologi, mereka juga merasa terpinggir, rendah diri dan malu untuk bergaul dengan masyarakat luar. 8 Sumber: Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Per.7: Hak untuk mendapat nama dan kerakyatan menyatakan “Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan dan hendaklah mempunyai hak sejak lahir, mempunyai hak terhadap suatu nama, hak untuk memperolehi kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk mengetahui dan dijaga oleh ibu bapanya.”, Per.8 : Memelihara identiti menyatakan “Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu, memantapkan semula aspek asas identiti termasuk kerakyatan dan hubungan kekeluargaan.” 46

Select target paragraph3