LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 5.1.3 Perbincangan Meja Bulat – 2005 Kumpulan Kerja Pendidikan telah mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat pada 25 Oktober 2005 untuk membincangkan isu-isu pendidikan hasil lawatan ke perkampungan Orang Asli. Komuniti Orang Asli, agensi Kerajaan dan badan bukan kerajaan telah dijemput ke perbincangan ini. Antara isu yang dibincangkan adalah seperti berikut: • • • • • • 5.1.4 Taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli yang rendah mempengaruhi peluang pendidikan mereka. Tatacara pentadbiran hal Orang Asli dalam aspek pendidikan termasuk ketelusan pemberian bantuan kepada Orang Asli oleh JHEOA. Kaedah pendidikan arus perdana (mainstream) yang tidak bersesuaian dengan tahap kefahaman, penggunaan bahasa serta budaya kanakkanak Orang Asli. Motivasi ibu bapa dan tahap kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. NGO serta individu-individu yang bekerja dengan Orang Asli kurang mendapat sokongan kewangan dan moral daripada kerajaan bagi meneruskan inisiatif mereka di dalam komuniti Orang Asli. Penempatan kanak-kanak Orang Asli di asrama sejak Tahun 1 kerana jarak sekolah yang jauh daripada kawasan penempatan mereka. Bengkel Outreach Pendidikan Orang Asli 2007- 2008 Sejak akhir tahun 2007 pula, Kumpulan Kerja Pendidikan mengadakan Program Outreach Pendidikan Orang Asli. Program ini dijalankan bersama agensi Kerajaan seperti JHEOA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kesihatan. Negeri-negeri ini dipilih kerana mempunyai ramai komuniti Orang Asli dan juga mempunyai banyak bilangan sekolah jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Sila rujuk Jadual 12 untuk perincian Bengkel Outreach Pendidikan Orang Asli. Jadual 12: Bengkel Outreach Pendidikan Orang Asli 2007-2008 Tempat Negeri Tarikh Bilangan Peserta Kuala Gandah, Temerloh Pahang 3 November 2007 350 orang RPS Kuala Betis,Gua Musang Kelantan 22 Februari 2008 530 orang Sungai Tiang, Gerik Perak 4-5 Julai 2008. Jumlah 40 350 orang 1,230 orang

Select target paragraph3