SUHAKAM Manakala Kumpulan Kerja Pendidikan pula telah memfokuskan kepada hak pendidikan dan pendaftaran kelahiran Orang Asli. Pada tahun 2005, SUHAKAM telah mengadakan beberapa siri lawatan ke perkampungan Orang Asli untuk meninjau sendiri keadaan Orang Asli dan hak pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Jadual 11: Lawatan SUHAKAM ke Perkampungan Orang Asli Tarikh 24 Mac 2005 25-26 Mei 2005 21-23 Julai 2005 Kawasan Tempat yang dilawat Kuala Kubu Bharu, Selangor i. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ii. Kampung Gerachi iii. Kampung Pertak iv. Kampung Buloh Telor Rompin dan Pekan, Pahang i. Sekolah Kebangsaan Bandar Dua, Paloh Hinai ii.Kampung Bukit Serok, Rompin iii. Kampung Simpang Empat, Pekan iv. Kampung Langkap Lombong v. Kampung Bangkong, Pekan vi. Kampung Wawah vii. Kampung Patik Jelutong Grik, Perak i. Sekolah Kebangsaan Banun ii. RPS Banun iii. Kampung Sg. Raba iv. Kampung Desa Ria v. Masyarakat berdekatan Sg. Belan vi. Kampung Bukit Asung Hasil daripada lawatan tersebut, SUHAKAM telah berjaya mengumpul isuisu pendidikan Orang Asli. Maklumat yang diperolehi adalah melalui hasil pemerhatian SUHAKAM semasa lawatan, temuramah bersama ketua komuniti seperti tok batin, masyarakat Orang Asli termasuk kanak-kanak serta guruguru di sekolah yang dilawati. Antara isu pendidikan yang dibangkitkan adalah seperti berikut: • Masalah kewangan. • Kesukaran memperolehi kemudahan persekolahan. • Masalah pengangkutan ke sekolah. • Mutu kemudahan asrama sekolah Orang Asli. • Kurang motivasi daripada ibu-bapa untuk memastikan anak-anak mereka pergi ke sekolah. • Masalah kanak-kanak Orang Asli untuk menguasai pelajaran di sekolah. • Tiada kelayakan untuk menduduki peperiksaan kerana ketiadaan sijil kelahiran. 39

Select target paragraph3