LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI Jadual 10: Bengkel Hak Asasi Manusia Bersama Masyarakat Orang Asal /Asli pada tahun 2002 Tarikh Tempat 12 Julai 2002 12 Oktober 2002 30 Disember 2002 Miri, Sarawak Kota Kinabalu, Sabah Kuala Lumpur Hasil perbincangan di dalam bengkel ini, SUHAKAM telah menerbitkan satu laporan bertajuk “Hak Asasi Orang Asal”. Laporan ini telah dihantar ke agensi Kerajaan yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Berikut adalah isu-isu pendidikan yang telah dirumuskan oleh SUHAKAM untuk perhatian agensi berkenaan: i. ii. 5.1.2 Lawatan ke Perkampungan Orang Asli 38 Kemudahan asas pendidikan yang tidak lengkap menjejaskan prestasi murid. Ini juga menyebabkan para guru tidak berminat dan tidak bersemangat untuk mengajar di kawasan luar bandar. Masalah ponteng bukan hanya berlaku kepada murid tetapi juga di kalangan para pengajar yang tidak berdedikasi. Akibatnya, murid di kalangan Orang Asal tidak mendapat pendidikan yang berkualiti dan berlaku banyak keciciran. Keciciran murid ini adalah tinggi iaitu lebih dari 60%. Selain kurangnya kesedaran tentang pentingnya pendidikan, pertembungan antara perayaan tradisi komuniti Orang Asal dengan waktu persekolahan juga menjadi punca anak-anak Orang Asal tidak hadir ke sekolah. Bagi murid Orang Asal yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mereka sering kali terpaksa menolaknya kerana tidak mampu membiayai pengajian tersebut. Ini berlaku terutamanya pada awal peringkat pengajian tinggi di mana mereka terpaksa menyediakan wang pendahuluan yang banyak bagi tujuan pendaftaran dan sebagainya. Selepas bengkel di atas, Kumpulan Kerja di SUHAKAM telah membuat pelbagai program lain yang berkaitan dengan hak tanah adat, hak Orang Penan di Sarawak, kesan pembinaan empangan hidroelektrik terhadap masyarakat pribumi dan juga menyiasat aduan yang dilaporkan kepada SUHAKAM oleh masyarakat ini.

Select target paragraph3