LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
v.
4.3
Peranan dan Usaha Jabatan Pendaftaran Negara
i.
ii.
4.4
Mengikut Pengarah Operasi Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan ini mempunyai
Unit Bergerak yang kerapkali digunakan untuk membantu menyelesaikan isu
ketiadaan dokumen pengenalan diri Orang Asli di kawasan luar bandar atau
pinggir bandar.
Pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri dengan
kerjasama JHEOA negeri telah memasuki kampung-kampung di pedalaman dan
daerah terpencil untuk memudahkan penduduk Orang Asli membuat dokumen
pengenalan diri. Atas keprihatinan Jabatan ini, masalah Orang Asli tidak
mempunyai dokumen pengenalan diri berkurangan. SUHAKAM mendapati di
dua negeri yang dilawati iaitu daerah Gerik di Perak dan daerah Gua Musang di
Kelantan, kedua-dua jabatan mempunyai hubungan dan kerjasama yang amat
baik. Hal yang sama tidak berlaku di negeri Pahang daerah Lanchang di mana
JHEOA Pahang belum begitu bersedia untuk memberikan kerjasama kepada
JPN negeri.
Peranan dan Usaha Kementerian Kesihatan
i.
ii.
iii.
34
Penubuhan Focus Group Pendidikan Orang Asli:
• Pada bulan Ogos 2009, JHEOA telah menubuhkan Focus Group Pendidikan.
Kumpulan ini dianggotai oleh pegawai dari KPM, Kementerian Pelajaran
Tinggi (KPT), Universiti, Badan Berkanun dan orang perseorangan. Mereka
yang dipilih menganggotai kumpulan ini kebanyakannya berpengalaman dan
berpengetahuan mengenai masyarakat Orang Asli dan juga pendidikan.
Jabatan Kesihatan Negeri menyediakan Klinik Desa yang dikendalikan oleh
seorang jururawat masyarakat. Klinik Desa juga berfungsi sebagai tempat
transit pesakit sebelum dibawa ke hospital. Klinik ini juga menyediakan ubatubatan asas seperti penahan sakit (panadol), ubat kutu, ubat cacing dan luka.
Masalah utama kesihatan di kalangan kanak-kanak Orang Asli ialah penyakit
kulit, cacing, cirit-birit dan kutu. Jabatan Kesihatan sentiasa memberikan
perhatian dan berusaha untuk menangani isu kesihatan kanak-kanak Orang
Asli.
Jabatan Kesihatan juga mengadakan lawatan berkala ke penempatanpenempatan Orang Asli dalam usaha untuk membasmi penyakit vektor
dan penyakit berjangkit. Secara tidak langsung, Jabatan Kesihatan memberi
sumbangan kepada kehadiran murid di sekolah dengan memastikan mereka
sihat dan tidak menjadi pembawa penyakit berjangkit.