SUHAKAM iii. Meningkatkan Pencapaian Pelajar: • Tuisyen: Diuruskan oleh JHEOA negeri dan dijalankan secara berkala khasnya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. • Lawatan Sambil Belajar: JHEOA menyediakan peruntukan untuk aktiviti ini. Sekolah boleh memohon kepada JHEOA peringkat negeri untuk aktiviti lawatan ini ataupun JHEOA peringkat negeri akan menguruskan lawatan sambil belajar bagi murid dan ibu bapa. Mengatasi Keciciran: • Latihan Teknikal & Vokasional: Latihan ini diadakan untuk membantu remaja-remaja yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberikan latihan bagi membantu mereka masuk ke alam pekerjaan. Latihan diadakan di Pusat Giat Mara, Damansara. • Kursus Jahitan: Kursus ini mempunyai matlamat sama seperti Latihan Teknikal dan Vokasional tetapi lebih khusus untuk remaja perempuan. Ia dijalankan di Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) Kampung Paya Bungor, Maran, Pahang. iv. Pada tahun 2007, JHEOA dalam Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) telah mengadakan latihan seperti dalam Jadual 9. Jadual 9: Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kanak-Kanak dan Remaja Orang Asli 2007 Bil. Nama Kursus Lokasi Kursus Bil. Peserta 1. Kursus Forester Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Selangor (FRIM) 12 2. Juru Kecantikan Andaman C Tee Salon, Sri Manjung, Perak 12 3. Kursus Pembaikan Telefon Mc Orange Institute, Kuala Lumpur 10 4. Kursus Industri Eletronik & Machatronic Silicon Institute of Technology, Pulau Pinang 9 5. Kursus Pelukis Pelan Senibina Kolej Geomatika, Kuala Lumpur 4 6. Kursus Marin Ronaco Marin Sdn. Bhd. Kemaman, Terengganu 4 7. Kursus Pemesinan Logam PTPL Kuala Terengganu, Terengganu 9 8. Kursus Domestik Wiring Bitara College, Ipoh, Perak 8 9. Kursus Penyelenggaran Komputer 13 10. Pusat Kemahiran Era Timur, Kelantan Kursus Penyelenggaran Kolej Negeri, Seremban, Hawa Dingin Negeri Sembilan Sumber: JHEOA “Laporan Tahunan 2007” 6 33

Select target paragraph3