LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
4.2
Peranan dan Usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
Dalam menangani isu-isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli, JHEOA pula telah
menjalankan langkah-langkah berikut6 :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Menyediakan keperluan diri di asrama seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun
diberi 2 bulan sekali.
Memberi wang saku pelajar sebanyak RM2.00 sehari (Sekolah Menengah
sahaja).
Membayar yuran dan pelbagai bagi murid yang tidak mendapat KWAPM bagi
murid Orang Asli di Sekolah Harian Biasa.
Membekalkan pakaian seragam sekolah (Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja).
Membayar yuran asrama.
Memberi bantuan makan pagi dan tengahari bagi murid sekolah harian. JHEOA
menyediakan minum pagi dan makan tengahari bagi murid yang tinggal di
pedalaman di samping mendapat bantuan RMT dari KPM.
Selain bantuan di atas, JHEOA juga menyediakan beberapa program sejak tahun 2003
bagi memantapkan jati diri kanak-kanak Orang Asli yang bersekolah. Program yang
disediakan adalah seperti berikut:
i.
Integrasi Pelajar:
• Program Anak Angkat
• Perkhemahan Pelajar
• Riadah (Rehlah)
• Sukaneka Pelajar
ii.
Meningkatkan Kesedaran Pelajar:
• Tabika Orang Asli
Terdapat sebanyak 223 buah tabika Orang Asli di Semenanjung Malaysia
dan 90% tenaga pengajar adalah terdiri daripada Orang Asli.
•
6.
32
Kursus Motivasi
Kursus-kursus motivasi bertujuan memberi kesedaran dan motivasi kepada
murid-murid Orang Asli juga telah diadakan. Kursus-kursus ini diuruskan
oleh JHEOA di peringkat negeri. Para penceramah adalah terdiri daripada
para profesional, penjawat awam dan Orang Asli yang berjaya sebagai
role-model.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2008