SUHAKAM
b.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Kesemua murid Orang Asli di Sekolah Murid Orang Asli 100% mendapat
KWAPM5 secara automatik. Walaubagaimanapun, murid Orang Asli
yang bersekolah di sekolah arus perdana masih perlu memenuhi syarat
seperti kanak-kanak lain. (Sila rujuk Lampiran 6)
c.
Bantuan Makanan Asrama
Bantuan ini diberi kepada semua murid Orang Asli yang tinggal di
asrama. KPM telah meningkatkan kadar bayaran makanan asrama dari
RM6.70 kepada RM12.00 seorang sehari semenjak tahun 2007.
d.
Pemberian Buku Teks
Kemudahan bantuan buku teks percuma telah dipanjangkan kepada
semua murid sekolah termasuk semua murid Orang Asli.
e.
Skim Baucer Tuisyen
Skim Baucer Tuisyen ini bertujuan untuk membantu murid miskin
untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Muridmurid akan dikenalpasti oleh pihak sekolah dan kelas tuisyen akan
dijalankan oleh pihak sekolah menggunakan bahan pengajaran yang
telah disediakan oleh KPM. Guru akan dibayar mengikut bilangan
murid yang didaftarkan iaitu RM10.00 seorang murid.
f.
Elaun Pakaian Seragam Unit Beruniform
Pada tahun 2008, KPM memperkenalkan Elaun Pakaian Seragam
Unit Beruniform kepada murid sekolah rendah dan menengah
daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kemudahan ini turut
dipanjangkan kepada murid Orang Asli yang menyertai unit Pakaian
Seragam.
5.
Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Satu Surat Ikatan
Amanah telah diluluskan pada 10 April 2003 dengan tujuan memberi bantuan kepada murid/pelajar miskin untuk
mendapat dan meneruskan pendidikan di sekolah, di samping meningkatkan kecemerlangan pencapaian pendidikan
mereka. Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang mula berkuatkuasa
pada Januari 2003. Bantuan ini telah dipanjangkan kepada murid-murid Orang Asli. Pada tahun 2008 KWAPM telah
diberikan secara automatik kepada semua murid Orang Asli yang bersekolah di Sekolah Murid Orang Asli. * sekiranya
murid/pelajar tidak mempunyai sijil lahir, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara adalah perlu. Bagi murid/
pelajar Orang Asli, pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli adalah perlu. Sumber: Bahagian Biasiswa (KPM)
pada tahun 2008; Pekeliling Biasiswa Bil. 1 Tahun 2006 Pemberian Bantuan Murid/Pelajar Di Bawah Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin
31