LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
iii.
Memperkenalkan Sekolah Model Khas (K9) di Negeri Pahang (SK Bandar Baru
2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang)
Sekolah ini menggunakan konsep Konvensional 9 (K9) yang menggabungkan
enam tahun pendidikan rendah dan tiga tahun pendidikan menengah rendah
dalam satu premis. Kemudahan asrama yang lengkap disediakan di sekolah
yang sama. Ini adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar keciciran di
kalangan murid Orang Asli.
iv.
Perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Orang Asli dan Penan (KAP).
Kurikulum ini bermula pada tahun 2007 dengan 6 buah sekolah di semenanjung
yang muridnya 100% kanak-kanak Orang Asli. Kurikulum ini adalah kurikulum
khas yang direkabentuk untuk memenuhi keperluan unik murid Orang Asli
bertujuan merapatkan jurang pencapaian akademik. Pada tahun 2009,
sebanyak 20 buah sekolah telah melaksanakan kurikulum berkenaan.
v.
Peruntukan Khas Untuk KAP
KPM juga telah menyediakan peruntukan RM2,500.00 untuk sekolah yang
melaksanakan kurikulum KAP (20 buah sekolah). Peruntukan ini adalah untuk
membantu sekolah menyediakan keperluan bagi melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran pada 3 minggu pertama persekolahan di mana ibu bapa
turut dilibatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
vi.
Latihan Khas Untuk Guru-Guru Daerah Pedalaman
Sebanyak 5 buah Institut Pendidikan Guru (IPGM) sedang melatih guru-guru
pelatih baru mulai tahun 2009, khususnya untuk ditempatkan di sekolahsekolah pedalaman.
vii.
Latihan Dalam Perkhidmatan
Selain daripada itu, Bahagian Pendidikan Guru juga menjalankan latihan dalam
perkhidmatan untuk guru-guru yang sedang mengajar di sekolah Orang Asli,
khususnya di sekolah 100% murid Orang Asli. Mereka akan diberi latihan
selama 14 minggu bagi membantu mereka menjadi guru yang lebih berkesan.
viii.
Kelas Dewasa Ibu Bapa
Selain dari latihan guru, KPM mengadakan kelas dewasa untuk ibu bapa Orang
Asli di semua sekolah 100% murid Orang Asli bagi membantu membasmi
buta huruf dan juga untuk memotivasikan anak-anak mereka supaya hadir
ke sekolah. Mereka akan mengikuti kelas ini selama 100 hari dalam setahun.
Program ini bermula pada tahun 2008.
ix.
Bantuan kepada Pelajar Miskin.
a.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Rancangan RMT4 ini bertujuan untuk membantu murid yang layak di
Sekolah Harian Biasa termasuk murid Orang Asli. Semenjak tahun 2007,
KPM telah meningkatkan kadar bayaran dari RM1.20 kepada RM1.80
di Semenanjung Malaysia bagi tiap-tiap murid. (Sila rujuk Lampiran 7)
4.
RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan makanan berkhasiat
kepada murid miskin termasuk murid Orang Asli. Kriteria pemilihan murid yang layak RMT adalah daripada keluarga
berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 ke bawah. Sumber : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006
- 2010
30