SUHAKAM
4.7
Pengajaran dan Pembelajaran
Adalah dicadangkan supaya KPM melihat semula sistem penyampaian dan
pemantauan terhadap semua program yang sedang dilaksanakan bagi
mengelakkan pencairan dalam pelaksanaan program-program sehingga
menjejaskan hasrat KPM untuk membangunkan murid Orang Asli. Bahagian
yang berkenaan dicadangkan melihat semula pendekatan mereka kepada
keperluan unik kanak-kanak Orang Asli dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum,
penilaian, bahan mengajar, bahan bantu mengajar dan budaya belajar mereka.
Punca kenapa masih ramai murid Orang Asli tidak dapat menguasai 3M perlu
dikenalpasti bagi menangani masalah tersebut.
4.8
Penempatan Guru Besar dan Guru
i.
KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri diharap dapat menyemak semula
amalan penempatan guru-guru baru yang tidak berpengalaman dalam
mengajar di sekolah pedalaman pada kadar yang tinggi di sesebuah
sekolah. Ini boleh menjejas hasrat murni KPM dalam memperkasakan
sekolah-sekolah pedalaman.
ii.
Bagi memastikan keberkesanan pengurusan sekolah, pengajaran
dan pembelajaran, pemilihan guru besar dan guru boleh dibuat
dengan mengambil kira kecemerlangan mereka bekerja, kemahiran
menyelesaikan masalah dan mempunyai sikap mesra Orang Asli.
4.9
Sikap Ibu Bapa dan Murid Orang Asli
Ibu bapa yang masih tidak memberi penekanan terhadap kepentingan
pendidikan anak-anak mereka hendaklah dibantu mengubah sikap mereka.
SUHAKAM mencadangkan agar program motivasi yang dilaksanakan oleh
JHEOA dipertingkatkan lagi dari segi kandungan dan pendekatannya.
4.10
Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah
JHEOA diharap dapat mengumpul data dan maklumat mengenai penempatan
di mana terdapat anak-anak tidak bersekolah. Maklumat seperti ini akan
dapat membantu KPM merancang kaedah yang sesuai bagi memastikan
semua kanak-kanak Orang Asli bersekolah.
4.11
Satu Agensi Untuk Mengurus Pendidikan Orang Asli
KPM telah pun menubuhkan unit khas bagi menyelaras isu-isu pendidikan kaum
pribumi di Bahagian Pendidikan Khas. Kemungkinan unit khas ini boleh mengelola
semua hal-hal pendidikan untuk memudahkan penyelarasan. Syor ini juga telah
dikemukakan oleh Pelapor Khas Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
supaya ditubuhkan satu unit khas bagi menguruskan pendidikan Orang Asli.
v