BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) (b) Kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pada 9 Disember, Suruhanjaya telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UKM dalam usaha meningkatkan kesedaran hak asasi manusia dan pengetahuan dalam kalangan pelajar dan ahli akademik. Beberapa aktiviti akan dilaksanakan melalui usaha sama ini, termasuklah ‘Kajian Pengetahuan Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Undang-Undang di Universiti Awam’. Program-program lain termasuklah seminar/ persidangan, penjanaan kesedaran, latihan industri/ praktikum bagi kakitangan dan pelajar, pertukaran maklumat serta mewujudkan satu unit hak asasi manusia di Fakulti Undang-undang. MoU tersebut akan berkuatkuasa selama tiga tahun. Aktiviti dalam kumpulan sedang dijalankan bersama wakil pemimpin pelajar politeknik dari zon utara 3. LATIHAN HAK ASASI MANUSIA UNTUK AGENSI PENGUATKUASA (a) Latihan untuk Polis DiRaja Malaysia Sejak tahun 2008 lagi, Suruhanjaya telah mengadakan latihan hak asasi manusia untuk Ketua Polis Balai (OCS). Pada tahun ini, antara Februari hingga Oktober, Suruhanjaya telah melatih sebanyak 155 orang OCS dari daerah-daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Sesi-sesi ini juga merupakan siri bengkel latihan yang terakhir. 31

Select target paragraph3